Hiburan

"Yang 2 Alam Dilarang Sama Sekali" - Beri Amaran, Afiq Muiz Ulas Kontroversi Putus Tunang Aishah Azman?

gempak
Kamaruddin Razal
01/08/2019
00:50 MYT
Sponsor Banner
"Yang 2 Alam Dilarang Sama Sekali" - Beri Amaran, Afiq Muiz Ulas Kontroversi Putus Tunang Aishah Azman?
Pelakon Afiq Muiz memberikan amaran kepada lelaki yang bakal menjadi adik iparnya.
Afiq yang merupakan abang kandung kepada aktres Aishah Azman memuat naik sekeping foto bersama adiknya itu.
Menariknya, kapsyen foto Afiq bersama adiknya itu seakan menjadi respon terhadap isu putus tunang yang didakwa terjadi kepada Aishah baru-baru ini biarpun Afiq tidak menyatakan sebarang nama.
BACA: Ikatan Pertunangan Syafie Naswip Dengan Aishah Azman Terlerai
BACA: "Doa Yang Baik-Baik Sahaja Ya" - Syafie Naswip
"Banyak besar dia punya kepala main bedal adik aku sampai lebam-lebam. Siapa nak jadi adik ipar aku lepas ni, yang gentle dan Islam saja.
"Yang dua alam di larang sama sekali. AMARAN," tulis Afiq.
Sebelum ini, dunia hiburan dihebohkan dengan berita mengenai seorang pelakon lelaki yang ditahan polis selepas membelasah bekas tunangnya kerana berang apabila wanita itu memintanya memutuskan hubungan songsang dengan kenalannya, 26 Jun lalu.
BACA: Pelakon Lelaki Belasah Bekas Tunang Kerana Ditegur Songsang!
Netizen mula berspekulasi dan mendakwa Syafie merupakan individu yang dimaksudkan kerana dia baru saja putus tunang dengan Aishah.
BACA: Gara-Gara Didakwa Tumbuk Bekas Tunang, IG Syafie Naswip Diserang ‘Tentera Bawang’
Pelakon filem Mukhsin itu menerima serangan komen 'tentera bawang' di laman Instagram miliknya gara-gara didakwa membelasah bekas tunangnya.
Terdahulu, Syafie dan Aishah bertunang pada satu majlis yang diadakan pada 7 April 2019 bertempat di Forest Valley Hall, Cheras.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024