Pendakwah muda, Da'i Syed, 25, kembali aktif di laman Instagram (IG) selepas dilepaskan dengan ikat jamin pada 15 Disember lalu.

Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful memuat naik beberapa curahan hati di Instagram Stories yang terhasil selama 19 hari dia menjalani tahanan reman di lokap, semalam.

"Diusirnya aku tepat pada masa, rintihan kejar janji dunia semata, ku ke sini masih diri bagai hamba, sampai mati pasti digarinya, lokap SA (Shah Alam).

"Dalam bicara aku ditempatkan, adil atau tidak, milik aku bukan, jemput diriku yang sekarang, jika dulu pasti tiada.

"Yang dibina lama runtuh dalam saat, yang lari takut, yang tinggal pasti taat, yang benar ditutup, yang palsu diangkat, perjalanan masih belum tamat," tulisnya.

Pendakwah kontroversi itu turut berkongsi foto hitam putih namun tidak menampakkan wajah individu tersebut.



Dalam pada itu, rakan artis, Ryan Deedat turut berkongsi rakaman video bersama Syed Iqmal ketika makan di sebuah kediaman.

"Hello guys, assalamualaikum," kata Syed Iqmal sambil tersenyum ceria.

Terdahulu, Syed Iqmal dihadapkan ke Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan mencabul dan melakukan seks luar tabii.

Syed Iqmal juga dihadapkan dengan pertuduhan rogol di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Untuk pertuduhan cabul, mahkamah membenarkan Syed Iqmal diikat jamin sebanyak RM5,000 dan bagi pertuduhan seks luar tabii RM20,000 manakala bagi rogol RM10,000.

BACA: "Saya Sedih, Cuma Mampu Berdoa" - Da'i Syed Dilepaskan Dengan Ikat Jamin RM35,000



Instagram: @daisyed_ & @ryandeedat