Berita

Yang Di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal Meninggal Dunia Di IJN

Awani
10/05/2024
07:45 MYT
Yang di-Pertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal, 69 tahun dilaporkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pada jam 11.46 pagi tadi.
Menurut kenyataan Pejabat Yang di-Pertua Dewan Negara, beliau terlebih dahulu menerima rawatan di IJN setibanya di Malaysia pada 6 Mei daripada Azerbaijan.
Beliau yang melakukan lawatan kerja di negara itu bermula 29 April lepas, pulang lebih awal daripada yang dijadualkan.
Mendiang mengetuai delegasi Malaysia ke Forum Dunia mengenai Dialog Antara Budaya yang berlangsung pada 1 hingga 3 Mei di Baku, Azerbaijan.
“Keluarga mendiang Mutang mengucapkan ribuan terima kasih atas kiriman takziah serta doa yang diberikan dan menghargai ruang masa yang diberikan kepada mereka di dalam menghadapi masa yang sukar ini,’’ jelas kenyataan itu.
Tambahnya, maklumat lanjut berkenaan pengebumian dan majlis penghormatan beliau akan dimaklumkan kemudian
Mendiang dipilih menjadi Speaker Dewan Negara ke-20 dan mengangkat sumpah di Dewan Negara pada 19 Feb lalu.
Pelantikan Mutang mencipta sejarah apabila mendiang yang berasal dari Lawas, Sarawak menjadi pemimpin pertama dari etnik Lun Bawang dilantik memegang jawatan itu.
Mendiang pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bukit Mas, Sarawak, dari 1982 hingga 1990.
Mutang mempunyai latar belakang pendidikan dan praktis di dalam bidang perundangan.
Pemergian beliau meninggalkan isteri Datin Ho May Leng dan tiga orang anak.
Sumber: AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Selepas Hampir Sebulan, Jasad Pemain Badminton China Masih Disimpan Di Hospital Yogyakarta

gempak
25/07/2024
01:30 MYT
Jasad pemain badminton China, Zhang Zhi Jie, yang meninggal dunia di geloanggang sewaktu dalam perlawanan Kejohanan Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia, pada 30 Jun lalu, sehingga kini masih belum dituntut oleh pihak keluarganya.
Berita

Abang Bintang Bola Sepak Safawi Rasid Meninggal Dunia

gempak
24/07/2024
15:05 MYT
Bintang bola sepak Terengganu FC (TFC), Safawi Rasid menerima berita menyedihkan apabila abangnya, Ahmad Muslim Rasid meninggal dunia.
Berita

Pemilik Suara Nobita Meninggal Dunia Di Usia 88 Tahun

gempak
24/07/2024
10:20 MYT
Pemilik suara yang terkenal dengan karakter Nobita Nobi dalam siri anime popular Doraemon, Noriko Ohara, dilaporkan meninggal dunia pada 12 Julai ketika berusia 88 tahun.
Hiburan

Renjatan Elektrik, Penyanyi Rock Maut Atas Pentas Serta Merta Selepas Peluk Peminat Basah

gempak
20/07/2024
14:20 MYT
Pemuzik dan juga penyanyi rock Brazil, Ayres Sasaki, 35, dilaporkan meninggal dunia semasa melakukan persembahan di Hotel Solar yang terletak di daerah Salinopolis pada Sabtu.
Berita

Remaja Rebah Sebelum Tonton Perlawanan Bola Pernah Bergurau Akan Viral & Meninggal Dunia Pada Hari Jumaat

gempak
20/07/2024
12:25 MYT
Selain itu, Muhammad Danish Hakim juga pernah bergurau bahawa dia mungkin tidak akan hidup lagi sampai tahun depan dan seolah-olah dia tahu masanya akan tiba tidak lama lagi.