Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Yang Hidup Pasti Mati! - 'Miniature' Kubur Ini Tarik Perhatian Netizen

Hanafis Haris
01/04/2019 11:25 MYT

Pelbagai cara untuk kita berdakwah. Namun bagi pemuda di Twitter ini, mungkin cara menghasilkan miniature yang menampakkan proses pengkebumian jenazah antara caranya berdakwah, sekali gus mengingatkan manusia kepada kematian.

Koleksi miniature kubur ini mula viral di Twitter sejak beberapa hari lalu dan kini posting pemuda dengan akaun @khairulnaim5 telah dikongsi lebih 26,000 tweet.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Jika dilihat pada gambar dimuat naik itu, miniature ini dihasilkan dengan sangat terperinci dan ditempatkan di balang kaca.

Menariknya anda bukan hanya melihat sisi atas proses pengkebumian, malah miniature ini turut menampakkan jenazah yang dikebumikan di dalam tanah.



Harganya pula dijual bermula RM140 hingga RM200 mengikut saiz dan keperincian miniature ini. Difahamkan, proses penghasilan miniature ini agak sukar dan mengambil masa satu hingga dua hari.
#Viral #Viral #Twitter #Kubur #Islamic #Miniature