Cef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan atau lebih dikenali sebagai Cef Wan kecewa dengan sikap sesetengah masyarakat yang mengambil mudah tentang penjarakan sosial.

Cef Wan meluahkan rasa kesalnya selepas melihat beberapa video viral yang merakamkan orang ramai beriadah sehingga kawasan tersebut menjadi sesak.

Menerusi coretannya di akaun Instagram, Cef Wan berpendapat situasi tersebut tidak seharusnya berlaku memandang negara masih lagi berusaha untuk mengekang COVID-19.

Menurut Cef Wan, mereka sepatutnya lebih berhati-hati menjaga penjarakan kerana jika tidak keadaan sesak seperti itu boleh mengundang risiko jangkitan kepada ahli keluarga.

“Seseorang telah menghantarkan saya video ini, tak pasti di mana tetapi kedengaran seperti Indonesia. Wow macam pi pesta air lah pulak di Indonesia ni. Nampak menakutkan kan?

“Tinggi risikonya dengan adanya COVID disekeliling. Jika di Indonesia 2x5 lah macam di Malaysia sikap orang Melayu kita ni.

“Saya juga ada melihat viral macam-macam video di PD dan juga kawasan air terjun di negara kita. Saya terkejut melihat kesesakan itu.

“Yes, its true many of us are so fed up with lock down for months. Tetapi when it's overcrowded macam ni risiko amat tinggi.

“Tak guna common sense masing-masing. Human beings ni satu dunia sama aja biar pun negara apa sekali pun.

“Yang kepala batu dan selfish ramai atau pun yg jenis perihatin dan berhati hati. Kasihan Allah bagi otak masing-masing yang waras tetapi mereka tak boleh berfikir keselamatan ahli keluarga masing-masing. They never seem to learn!” tulisnya.

A post shared by chef wan (@_chefwan58)


BACA: “Kalau Yer Pun Janganlah Sebar Video…”- Berhimpit Mandi Sungai, Netizen Minta Jangan Taksub Nak Viral, Takutkan Orang Je!

Sejak kelmarin, platform media sosial telah dipenuhi dengan keluhan ramai mengenai situasi di kawasan air terjun Sungai Pisang Gombak yang menjadi tumpuan ramai sehingga terlalu sesak.

Gambar serta video kepadatan orang ramai yang berhimpit-himpit ternyata mengundang kemarahan netizen.