“Yang Komen Ni Ada Kawan Boleh Belajar Mengaji Secara Murah Tak?” – Sharifah Shahira Sindir Netizen

Mya Amri
September 26, 2019 10:25 MYT
Pelakon Sharifah Shahira memberikan komen balas terhadap kritikan biadap netizen mengenai kenyataan bekas suaminya, penyanyi kumpulan Black Dog Bone (BDB), Jatt berkenaan anak sulungnya, Alisha.
Shahira atau lebih mesra dengan panggilan Shiera memuat naik komen-komen biadap netizen menerusi entri terbaru di akaun Instagramnya hari ini.
Selain itu, Shiera juga turut menulis kapsyen secara psikologi terbalik (reverse psychology) sebagai sindiran kepada netizen.
“Kita dapat tahu seluruh rakyat Malaysia kecewa dengan kenyataan itu. Banyak-banyak orang aku kenal betapa baiknya hati Jatt walaupun tak belajar Universiti Al Azhar.
“Boleh tak kami bertanya yang komen ni ada yang belajar universiti, ni ada tak kawan boleh kami belajar mengaji secara murah la bayarannya.
“Boleh tolong ke atau komen secara riak sombong. Saya ni cepat negatif orang komen orang komen ni kadang-kadang. Tapi dorang komen dorang memang baik 100% saya percaya.
“Kot selain komen boleh, kongsi ilmu, boleh DM ajar mengaji. Sebab kebanyakkan DM belajar mengaji satu jam seratus dia caj.
“Sebab anak kita belajar menyanyi RM30 satu jam dekat Mark Adam. Please tolong ajar mengaji #tolongngajikankami kami datang menyusul,” tulisnya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata menyokong ‘sindiran’ yang diberikan Shiera termasuklah rakan artis seperti Fara Fauzana, Nourul Depp, Nana Mahazan dan Shuib Sepahtu.
“Pastinya yang komen itu dari FB kan. Depa belum terbuka lagi minda depa hangpa. Sabaq. Toksah layan pun. Nyanyi tu bakat. Allah yang bagi. Bukan kita buat-buat. Ya dengan menyanyi tu boleh belajaq mengaji. Ya boleh tarranum. Cikgu vokal kami cikgu @cikgusitihajar ajaq tarranum. Dengan vokal sekali. Sedih bila baca macam ni. Ya Allah semoga diberi petunjuk kat depa. Hangpa kuat. Hantaq kasih sayang kat hangpa,” komen @nouruldepp
“Reverse psychology, saya pun nak juga orang ajar anak saya mengaji. DM saya ok,” tulis @shuibsepahtu
Terdahulu, Jatt membuat kenyataan bahawa dia berasa terharu dan menangis sewaktu pertama kali mendengar Alisha menyanyi kerana tidak menyangka permata hatinya itu boleh menyanyi dengan baik.
#pelakon #Sharifah Shahira #Pelakon