Berita
"Yang Mana Betul Saya Puji, Yang Mana Salah Saya Tegurkan" - Da'i Wan Dazrin Puji Tindakan Aliff Syukri Berani Akui Khilaf Diri Isu Face Mask 'Bocor'
Pendakwah Da'i Wan Dazrin memuji tindakan berani usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri yang memohon maaf secara terbuka dan menjelaskan isu topeng muka bocor yang dipromosikannya kepada umum baru-baru ini.
Menurut Da'i Wan, teguran yang dibuat secara terbuka sebelum ini hanyalah sebagai usaha memberi kesedaran kepada orang ramai untuk lebih berhati-hati dengan produk yang boleh mengancam keselamatan diri.
"Alhamdulillah, dalam teguran terbuka yang lepas, tindakan itu adalah wajar dari sudut neraca pandangan ulama padanya. Saya juga sentiasa menjaga hati ini agar sebolehnya memberi teguran dengan harapan dan bertujuan menyedarkan.
"Sekali lagi saya mengucapkan tahniah atas kesedaran dan kekhilafan yang telah diakui Datuk Seri @aliffsyukriterlajaklaris.
"Yang mana betul, maka saya puji, yang mana salah maka saya tegurkan. Tujuannya baik, menyelamatkan manusia yang lain dikala wabak ini dan sebenarnya menyelamatkan Datuk Seri sendiri, tidak di dunia pasti di hari akhirat. Itulah pentingnya silaturrahim sesama Islam," kongsinya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Terdahulu, Dai Wan menempelak tindakan Aliff yang didakwa cuba untuk menjual produk topeng muka yang diragui tahap keselamatannya.
Teguran terbuka itu dibuat selepas rakaman video live ketika mempromosikan topeng muka yang terbukti bocor selepas dicurahkan air itu menjadi viral.
Bagaimanapun, Aliff kemudian tampil memohon maaf dan menjelaskan bahawa produk tersebut masih lagi belum dijual di pasaran.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Must-Watch Video