Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Yang Memekak Macam Anjing Menyalak Tu Malulah” - Kak KM Tegur, Jangan Sibuk Masuk Campur Hal Rumah Tangganya

Mya Amri
23/09/2023 11:53 MYT
Usahawan kontroversi, Liana Rosli atau lebih mesra dengan panggilan Kak KM menyatakan hubungannya dengan suami, Razman Ramli dalam keadaan baik.

Kak KM memaklumkan perkara itu menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.

“Kami baik-baik sahaja. Alhamdulillah suami pun memang tak nak tinggalkan aku,” tulisnya.

Dalam hantaran yang sama, Kak KM juga turut menegur segelintir pihak yang dikatakan sibuk masuk campur hal rumah tangganya.

“Yang memekak macam anjing menyalak tu malu lah sibuk sangat dengan hal rumah tangga orang,” coretnya.

A post shared by lianarosli (@lianarosli_official)

BACA: “Ini Namanya Menaya!” - Kak KM Mengamuk, Suami Tertekan Gear ‘Reverse’ Sampai Kereta Kemalangan

Terdahulu, kecoh apabila video tular merakamkan anak kepada pelakon terkenal Normah Damanhuri itu dilihat mengeluarkan kata-kata makian terhadap suaminya.

Semuanya gara-gara kereta mewah milik Kk KM mengalami kerosakan yang teruk disebabkan suaminya secara tidak sengaja menekan gear ‘reverse’ sehingga menghentam tembok belakang rumah.

Tidak cukup dengan itu, sepotong video Kak KM seakan memberi bayangan bakal bergelar ibu tunggal telah mengundang pelbagai reaksi netizen.

#Rumah tangga #Kak KM #Liana Rosli #Tegur
;