Kereta mewah milik usahawan sensasi, Kak KM mengalami kerosakan yang teruk disebabkan suaminya secara tidak sengaja menekan gear ‘reverse’ sehingga menghentam tembok belakang rumah.

Menerusi video di TikTok, Kak KM atau Liana Rosli dilihat meluahkan rasa berang dan kecewa dengan kecuaian suaminya yang dipercayai memandu kereta terbabit.

Dalam beberapa rakaman yang dikongsikan, kedengaran suara suaminya menjelaskan situasi sebenar yang berlaku.

"Tertekan adui masa nak parking kereta,” kata suaminya.

Disebabkan terlampau marah, anak kepada pelakon terkenal Normah Damanhuri itu dilihat mengeluarkan kata-kata makian terhadap suaminya.

"Hancur kereta aku sial betul. Minta maaf pun tak ada pu*****. Terus tekan minyak sekuatnya. Ba** punya manusia. Ini namanya menaya, tak tahu sama-sama jaga harta,” katanya.

Menerusi perkongsian video itu memperlihatkan keadaan bahagian belakang kereta Kak KM yang terkepak sedang ditarik oleh lori towing.

Rata-rata netizen terkejut dan meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan Kak KM mengeluarkan kata kesat kepada suaminya hanya disebabkan kesilapan tidak disengajakan.

Selain itu, ada juga netizen yang mengaitkan kenyataan aktor, Datuk Rosyam Nor yang berpendapat kebanyakan wanita bekerjaya hebat dan mempunyai kewangan kukuh akan mula memiliki sifat angkuh.

BACA SINI: “Kau Manusia Bukan Kambing,” - Kak KM Tegur Nak Diet Jangan Terlalu Cut Gula, Nanti Mulut Busuk & Rasa Lesu


BACA SINI: "Jangan Kita Tambah Kesedihan Orang" - Ustazah Asma' Harun Nasihat Netizen Jaga Adab, Doakan Kesembuhan Jantung Berlubang Anak Kak KM

@lianaroslikakkm

??

♬ original sound - kakkm@sweetdara