Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Yang Mengata Aku Bankruptcy Tu, Takkan Aku Ampun Kan!!!” – Sajat Tunjuk Bukti Belum Muflis

Fiza Kamarudin
07/02/2022 13:10 MYT
Usahawan Muhammad Sajjad Kamaruzzaman berkongsi dokumen daripada Jabatan Insolvensi Malaysia bagi membuktikan dirinya bukan individu berstatus muflis seperti yang didakwa.

Sajjad atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat menerusi hantaran di Instagram (IG) berkata, dia juga tidak akan memaafkan sesiapa sahaja yang memfitnahnya muflis.

Katanya lagi, dia masih berstatus ‘orang berada’ walaupun sudah menetap di luar negara sekarang.

“Berlambak orang fitnah kata Sajat dah bankruptcy bagai!!! Siap kata, Sajat dah bankruptcy uols!!! Korang hadam lah yang mengata aku bankruptcy tu!!

“Tak kan aku ampun kan!! Sebab dari mulut korang ke mulut, korang yang mendapat dosa!!! Giteww.. amin…

“Walaupun I dah duduk negara luar, Nursajat all kinky, masih berstatus orang BERADA ADA hokey…Walaupun nama tu, tak SESUAI dengan wajah i yang cantik ini. Nasib kat sini, AUSTRALIA ??, ID sajat female giteww!!!,” katanya.

A post shared by Jesica Zaman (@nursajatkamaruzzaman)


Pada Oktober tahun lalu, usahawan kontroversi tersebut dilaporkan bakal tersenarai dalam kalangan individu muflis di negara ini selepas pemfailan pemiutang dilakukan terhadapnya di Mahkamah Tinggi.

Pemfailan petisyen itu dilakukan Owa Resources Sdn. Bhd. menerusi Peguam Nurul Hafidzah Hassan di hadapan Penolong Kanan Pendaftar, Siti Suriatey Mohamed Yusoff.

Prosedur tersebut merupakan langkah terakhir bagi menuntut pembayaran penghakiman RM200,000 daripada Sajat kepada Owa Resources yang merupakan bekas stokis utama bengkung usahawan terbabit.

Nurul Hafidzah memberitahu, petisyen berkenaan difailkan selepas notis kebankrapan yang telah dikeluarkan terhadap usahawan berkenaan tidak mendapat sebarang maklum balas.

Katanya, menerusi perintah bankrap, Sajat boleh diisytiharkan muflis seterusnya menyebabkan segala aset termasuk rumah dan akaun bank milik Sajat diuruskan Jabatan Insolvensi.

[[BACA: "Sajat Masih Boleh Diisytihar Bankrap & Harta Di Australia Boleh Disita Jika..." - Peguam]]
#Bankrap #Muflis #sajat #Muhammad Sajjad #Jabatan Insolvensi Malaysia
;