"Yang Penting Tema Baju Tidur" - Elisya Sandha Gembira Sambut Ulang Tahun Kelahiran Di Rumah

Asraf Aided
Jun 10, 2020 09:24 MYT
Pelakon yang semakin meningkat naik, Elisya Sandha meraikan ulang tahun kelahiran yang ke-21 kemarin.
Menurut Elisya yang juga adik kepada aktres Fasha Sandha itu, dia gembira kerana berpeluang meraikan hari istimewanya itu di rumah bersama keluarga tercinta.
"Saya sebenarnya sangat gembira kerana berpeluang menyambut ulang tahun kelahiran ke-21 di rumah bersama keluarga, yang penting tema baju tidur," tulis Elisya ringkas di Instagram semalam.
Pada masa yang sama, Elisya turut berkongsi beberapa foto momen menarik bersama keluarganya menerusi entri berkenaan.
Fasha dan suaminya, pelakon Aidil Aziz juga turut kelihatan memeriahkan sambutan itu.
Sekadar info, Elisya mula berjinak dalam industri hiburan tempatan pada sekitar tahun 2015 dan terus aktif sehingga kini.
#pelakon #Pelakon #Hari Lahir #Elisya Sandha