Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

“Yang Saya Pandang Adalah Hati, Bukan Beg Gucci”- Rita Rudaini Bersyukur Dapat ...

Rozaimi Zubaidi
16/04/2019 02:12 MYT
Pelakon Rita Rudaini mengakui bersyukur apabila dikelilingi oleh orang yang positif dan sentiasa menyayangi dirinya.

Menerusi entri di Instagram (IG), Rita berharap agar dia dan semua orang dapat dijauhi daripada perasaan hasat dengki terhadap orang lain.

"Kami ibarat seperti cubit peha kanan, peha kiri pon rasa. Kkami dah seperti satu keluarga besar.

"Tak kira miskin atau kaya, kita semua sama manusia yang sisturr pandang adalah hati, bukan beg Gucci.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kami ibarat spt cubit peha kanan,peha kiri pon rasa...kami dah spt satu keluarga besar...xkira miskin atau kaya,kita smua sama manusia...yg sisturr pandang adalah hati..bukan beg gucci ...alhamdulillah makin ramai dan makin bertambah harmoni keluarga @rrcougarsacademy skrg... moga kami smua di jauhi dr perasaan hasad dengki ,iri hati dan sifat munafik...moga di pelihara hubungan yg semakin hari semakin erat..sisturr syg mereka kuat2 ❤️ anak mereka,anak sisturr jugak...cuma suami mereka bukan suami sisturr ?...moga kita smua kekal kan ukhuwah sampai bila2..

A post shared by Rita Rudaini (@ritrud727) on


"Alhamdulillah makin ramai dan makin bertambah harmoni keluarga @rrcougarsacademy sekarang. Semoga kami semua dijauhi dari perasaan hasad dengki, iri hati dan sifat munafik.

"Semoga dipelihara hubungan yang semakin hari semakin erat. Sisturr sayang mereka kuat-kuat. Anak mereka, anak sisturr juga. Cuma suami mereka bukan suami sisturr. Moga kita semua kekalkan ukhuwah sampai bila-bila," tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata memuji Rita dan mendoakan agar hubungan mereka semua akan kekal berbahagia selamanya.

Dalam perkembangan terkini, Rita muncul dengan drama terbaharu iaitu Geng Mak Mak bersama dengan pelakon hebat lain seperti Sazzy Falak, Elvina Mohamad dan Fatin Afeefa.

Jangan lupa saksikannya di www.gengmakmak.com.my  serta turut akan ditayangkan di Astro Ria bermula 16 April setriap hari Selasa, Khamis dan Ahad jam 6.30 petang dan 11.30 malam.
#pelakon #Rita Rudaini #Pelakon