Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Yang Sedang Selesa Dan Bahagia, Usah Terlalu Menilai Rumah Tangga Orang Lain,” - Iqbal Zulkefli

Mya Amri
02/12/2023 04:55 MYT
Bekas bintang Big Stage 2022, Iqbal Zulkefli tidak sampai hati melihat kecaman demi kecaman yang ditujukan kepada personaliti media sosial, Alif Teega dan Aisyah Hijanah berkenaan isu rumah tangga mereka.

Menurut Iqbal, kedua-dua sahabatnya itu kini sedang menerima dan melalui ujian yang sangat besar dalam perkahwinan.

“Hal yang paling saya takut untuk menilai adalah, menilai hal rumah tangga orang lain. Alif Teega dan Aisyah, kedua-duanya sahabat yang saya sayangi. Saat ini, mereka yang sedang diuji.

“Tidak sampai hati saya melihat tohmahan bertubi-tubi. Saya menulis bukan untuk menjadi penilai benar dan salah.

“Meskipun banyak cerita sampai di telinga, saya tetap perlu akui, saya langsung tidak tahu dan tidak berhak menilai kerana ianya tidak jelas,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.

BERITA TRENDING: Lagi Pendedahan! Individu Dakwa Kakak Kandung Fatin Umaidah Dibuang Keluarga Sebab Tak Setuju Adik Kahwin Dengan Alif Teega

Dalam hantaran yang sama juga, Iqbal berpendapat netizen seharusnya lebih berhati-hati dalam memberikan komen kerana khuatir perkara negatif yang diperkatakan itu akan berbalik kepada diri sendiri.

“Untuk kita yang sedang selesa dan bahagia, usah terlalu menilai rumah tangga orang lain. Memang tidak kesemuanya sampai di telinga mereka.

“Namun apabila berlebihan menilai orang, tanpa kita sedar, Allah boleh letakkan ujian yang sama pada kita bila-bila masa sahaja.

“Kita berbicara seolah kita kenal mereka bertahun lamanva. Padahal sehari pun kita tidak pernah ada ketika mereka sedih dan gembira,” coretnya.

A post shared by Ahmad Iqbal Zulkefli (@ahmadiqbalzulkefli)

Dalam pada itu, Iqbal juga turut mendoakan agar sahabatnya itu bertemu jalan penyelesaian yang baik dalam rumah tangga.

“Sebagai teman, saya akan tetap bersama pada kedua-duanya. Kita sama-sama doakan kita diberi kemudahan untuk mencari jalan penvelesaian baik-baik.

“Amin. Kita doakan semoga kita tidak diuji dengan ujian yang berat,” tulisnya.

PILIHAN PEMBACA: Rekod Perubatan Isteri Pertama Tersebar, Alif Teega Didakwa Dera Aisyah Hijanah?

PILIHAN PEMBACA: Klinik Beri Kenyataan Rasmi, Netizen Laju Komen - “Jadi Rekod Kesihatan Aisyah Tu Betul Lah Kan?”

Terdahulu, Alif Teega sekali lagi mendapat perhatian apabila seorang individu menunjukkan rekod perubatan yang didakwa kepunyaan isteri pertamanya, Aisyah Hijanah di Platform X.

Menerusi perkongsian itu, dapat dilihat rekod tersebut menerangkan Aisyah membuat aduan didera oleh Alif pada 9 November lalu.

BERITA TRENDING: Aliff Teega Mengaku Kahwin Dua - “Terima Kasih Isteri Pertama Saya Kerana Bersabar”

Rekod itu turut mendakwa Alif memegang tangan kanan Aisyah dengan kasar dan menolaknya ke lantai.

Selain itu, rekod itu juga menyatakan Alif melempang Aisyah pada bahagian kiri kepala dan telinga.

#Kontroversi #Rumah tangga #Alif Teega #Aisyah Hijanah #Iqbal #Iqbal Zulkefli
;