“Yang Tak Setuju Bab Melutut, Saya Mohon Maaf” - Case Closed! Caprice Harap Jadi Pengajaran Buat Keyboard Warriors
Mya Amri
05/05/2024 23:55 MYT
05/05/2024 23:55 MYT
Penyanyi rap, Caprice memohon maaf sekiranya ada pihak yang kurang senang dengan isu seorang pemuda melutut di hadapan isterinya baru-baru ini.
Menurut Caprice, dia berharap orang ramai dapat melupakan isu berkenaan memandangkan ahli keluarga pemuda itu tiada masalah dengan tindakan tersebut.
“Selepas Cap timbangkan pendapat pengikut media sosial, ustaz, isteri dan kalian, kami memutuskan untuk memadamkan video lama yang ada bahagian melutut dan repost video ini sebagai closing untuk kes,” maklumnya menerusi hantaran di Instagram.
“Kes ditutup: Pihak mak budak itu pun okay dengan tindakan kami, jadi kepada sesiapa yang masih tidak puas hati dengan cara Elis… Dah boleh move on kot.
“Jom kita sama-sama pejuang dan lawan budaya buli-cyber. Kita tak boleh terlalu manja sangat dengan generasi sekarang yang tak kenal apa tu adab,” tulisnya.BERITA TRENDING: “Ibu Mana Boleh Tahan? Senang Senang Nak Dajjalkan Anak Aku, Cakap Muka Macam Bab*” - Isteri Caprice Ulas Isu Melutut
Dalam pada itu, Caprice juga berharap agar isu berkenaan menjadi pengajaran buat netizen yang berani menghina kanak-kanak tanpa rasa bersalah.
“Cap berharap boleh jadi satu pengajaran besar untuk semua keyboard warriors dekat luar sana yang berani body shame atau hina kanak-kanak.
“Berani buat, berani tanggung. Insya-Allah, saya mohon maaf untuk mereka yang tidak bersetuju dengan bab melutut,” coretnya.
Terdahulu, seorang pemuda dibawa berjumpa dengan isteri Caprice untuk memohon maaf selepas mengeluarkan kata-kata berbentuk hinaan kepada anak mereka.
Dalam rakaman yang dikongsikan di Instagram, Elis dilihat sedikit beremosi sebelum meminta individu terbabit melutut di hadapannya.
Bagaimanapun, tindakan Elis telah menerima kecaman segelintir wargamaya dengan menyifatkan sebagai melampau.
Untuk info, Caprice dan Farra Inalis mendirikan rumah tangga pada 15 November 2021.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata pada 17 Mac lalu.
Sebelum ini, Farra yang juga ibu tunggal mempunyai seorang anak perempuan bernama Aleesya Sofea.
Menurut Caprice, dia berharap orang ramai dapat melupakan isu berkenaan memandangkan ahli keluarga pemuda itu tiada masalah dengan tindakan tersebut.
“Selepas Cap timbangkan pendapat pengikut media sosial, ustaz, isteri dan kalian, kami memutuskan untuk memadamkan video lama yang ada bahagian melutut dan repost video ini sebagai closing untuk kes,” maklumnya menerusi hantaran di Instagram.
Kes melutut selesai
Malah kata Caprice, perkara itu sudah selesai dan ibu kepada pemuda berkenaan juga tidak mahu isu tersebut dipanjangkan.“Kes ditutup: Pihak mak budak itu pun okay dengan tindakan kami, jadi kepada sesiapa yang masih tidak puas hati dengan cara Elis… Dah boleh move on kot.
“Jom kita sama-sama pejuang dan lawan budaya buli-cyber. Kita tak boleh terlalu manja sangat dengan generasi sekarang yang tak kenal apa tu adab,” tulisnya.
BERITA TRENDING: “Ibu Mana Boleh Tahan? Senang Senang Nak Dajjalkan Anak Aku, Cakap Muka Macam Bab*” - Isteri Caprice Ulas Isu Melutut
Harap jadi pengajaran buat keyboard warriors
Dalam pada itu, Caprice juga berharap agar isu berkenaan menjadi pengajaran buat netizen yang berani menghina kanak-kanak tanpa rasa bersalah.
“Cap berharap boleh jadi satu pengajaran besar untuk semua keyboard warriors dekat luar sana yang berani body shame atau hina kanak-kanak.
“Berani buat, berani tanggung. Insya-Allah, saya mohon maaf untuk mereka yang tidak bersetuju dengan bab melutut,” coretnya.
BERITA TRENDING: Labelkan Anak Dajjal Kecil & Beri Kata-Kata Kesat, Caprice Cari Budak Biadap Sampai Lubang Cacing - “Kita Jumpa Depan Depan”
Terdahulu, seorang pemuda dibawa berjumpa dengan isteri Caprice untuk memohon maaf selepas mengeluarkan kata-kata berbentuk hinaan kepada anak mereka.
Dalam rakaman yang dikongsikan di Instagram, Elis dilihat sedikit beremosi sebelum meminta individu terbabit melutut di hadapannya.
Bagaimanapun, tindakan Elis telah menerima kecaman segelintir wargamaya dengan menyifatkan sebagai melampau.
BERITA TRENDING: Individu Hina Anak Caprice Diminta Melutut Mohon Maaf, Ada Yang Setuju & Ada Yang Tidak