“Yang Tersinggung Dengan Komen, Saya Mohon Maaf” – Faye Kusairi

Mya Amri
Mac 20, 2018 07:06 MYT
Pelakon Faye Kusairi memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung dengan komen-komen yang ditulis oleh pihak akaun palsu yang menggunakan namanya di Instagram.
Kata Faye, pihak tidak bertanggungjawab itu cuba memburukkan dan mengaibkan namanya dengan memberikan kata-kata kurang baik menggunakan identitinya.
Faye menjelaskan perkara tersebut menerusi akaun Instagram miliknya sebentar tadi.
“Alhamdulillah... TQ @instagram team! Buat mana yang tersinggung dengan komen-komen melalui akaun palsu ini, saya tetap mahu memohon maaf WALAUPUN kata-kata tersebut BUKANLAH dari saya.
“Sekali lagi, akaun saya disalahgunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab (buat kali kedua dalam masa sehari).
“Justeru melemparkan kata kata yang kurang baik untuk mengaibkan saya sekaligus menjatuhkan fitnah terhadap diri saya.
“Kini, sekali lagi akuan tersebut berjaya ditutup oleh pihak Instagram. Harap Maklum.
“Terima kasih buat kalian yang juga bantu melaporkan akaun tersebut,” tulisnya.
Kapsyen itu diserta dengan foto bukti yang menunjukkan akaun tersebut telah disekat oleh pihak Instagram.
Dalam perkembangan lain, Faye kini sedang hamil lapan bulan dan bakal melahirkan cahaya mata pertamanya dalam masa terdekat.
Foto: Instagram @fayekusairi
Teks oleh: Mya Amri
#pelakon #Faye Kusairi #Pelakon