"Yeay Dah Mok Sikit" - Kelihatan Sedikit Berisi, Foto Tahun Baru Atikah Suhaime Curi Tumpuan Netizen

Kamaruddin Razal
Januari 3, 2020 11:37 MYT
Pelakon cantik kelahiran Singapura, Atikah Suhaime mencuri perhatian netizen selepas memuat naik sekeping foto sempena sambutan tahun baru 2020.
Berkongsi foto terbarunya, Atikah memuat naik gambar terbabit di laman sosial Instagram miliknya.
"2020. May you have a wonderful year ahead," tulis Atikah di ruangan kapsyen.
Namun begitu, pengikut di laman Instagram lebih tertarik dengan penampilan pelakon itu dan mendakwa tubuh badan Atikah kelihatan berisi.
Dalam pada itu, ibu Atikah, Yan Mansor turut memberikan respon terhadap komen dan kritikan netizen.
Dalam entri terbaru, Atikah turut memohon maaf jika foto tahun barunya membuatkan netizen kecewa.
#pelakon #Atikah Suhaime #Pelakon