Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Yela, Bukan Senang Nak Jadi Baik Ni” - Aniq Suhair

Asyikin Mayudin
18/02/2024 03:50 MYT
Pelakon Aniq Suhair yang berada di Tanah Suci, Makkah berkongsi kata-kata nasihat menerusi video yang dimuat naik di TikTok.

BERITA TRENDING : Wanita Dakwa Dirinya Hamil ‘Kembali’, Dedah Aniq Suhair Bapa 3 Anak Pula?

Menerusi perkongsian tersebut, Aniq berkata lebih mudah mengubah hati sendiri untuk sentiasa bersangka baik terhadap orang lain berbanding mengharapkan seseorang itu melakukan perubahan yang sama.

“Kita ini tak mampu nak mengubah hati seseorang untuk bersangka baik kat kita kan. Tapi kita boleh mengubah hati kita sendiri untuk bersangka baik dekat orang lain.

“Itulah kalau nak berubah itu, berubahlah kan. Lebih baik lambat daripada tidak ya dok. Yela, bukan senang nak jadi baik ni. Sekurang-kurangnya kita cuba, betul tak? Sentiasa cuba dan cuba,” kongsinya.

Rata-rata netizen turut bersetuju dengan kata-kata nasihat daripada pelakon tersebut dan juga mendoakan yang terbaik untuknya.

Terdahulu, Aniq pernah berdepan dengan kontroversi apabila dia didakwa pernah menghamilkan seorang wanita namun tampil menafikan dakwaan tersebut.

Malah individu yang menuduh Aniq akhirnya mengakui dia hanya membuat akaun palsu dan tuduhan palsu terhadap aktor itu.

undefined
#Aniq Suhair #Aniq berubah #Aniq kata nasihat
;