"Yes! It's A Boy" - Elvina Mohamad Kongsi Jantina Anak, Peminat Akui Tidak Sabar

Rozaimi Zubaidi
Oktober 30, 2018 06:53 MYT
Pengikut Instagram (IG) Datin Elvina Mohamad menyatakan rasa teruja dan tidak sabar mereka menantikan kelahiran bayi pelakon tersebut dan suaminya, Datuk Haniff Borhan.
Menerusi entri di Instagram (IG), Elvina berkongsi foto-foto 'Maternity Shoot' dan menjelaskan dia serta suami bakat menimang bayi lelaki tidak lama lagi.
"Yesss! It's a boy ? our little hero will come out soon guys," tulisnya ringkas.
Dalam pada itu, ruangan komen juga dipenuhi ucapan peminat yang mendoakan agar Elvina dan bayinya sentiasa berada dalam keadaan sihat.
Selain ucapan tahniah, mereka turut memuji sikap romantik yang ditunjukkan oleh Haniff kepada isteri kesayangannya itu.
Elvina berkahwin dengan Haniff pada 18 Mac lalu dengan sekali lafaz dan majlis pernikahan diadakan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.
#pelakon #Anak lelaki #Pelakon #Elvina Mohamad