,
Hiburan

"Yey My Childhood Crush Comeback .." - Peminat Teruja Tengok Awal Ashaari Kembali Berlakon

Zulaikha Yusof
20/05/2019
01:30 MYT
Pengacara dan pelakon Awal Ashaari kini kembali berlakon selepas lama tidak muncul di kaca televisyen.
Menerusi sebuah entri terbaru, Awal memuat naik sebuah video 'teaser' babak yang dilakonkannya dalam sebuah drama berjudul Sinar Ramadan Untuk Amanda yang ditayangkan semalam.
Perkongsian itu dikongsi Awal di akaun Instagram (IG) miliknya buat tatapan umum.
"Okay Gais.. Dah ready tisu satu kotak ke belum?
"Drama Sinar Ramadan Untuk Amanda nak tayang pukul 10 ni di @tv3malaysia.
"Cerita ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa dan kalau ada terlebih kurang, kami memohon maaf..
"Bulan Ramadan ni kita harap ada lah sinar buat mereka yang sering tidak mendapat tempat dalam masyarakat kita," tulisnya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Awal menunjukkan rasa teruja dan mengucapkan selamat kembali kepadanya.
Malah, ada segelintir yang mengharapakan Awal meneruskan kariernya dalam lakonan.
"@yuhanness123: Eh.. Awal berlakon balik.. Yeay!"
"@_nurtasyazmiraaaa: Dah lama tak berlakon! Aaa excited!"
"@ndya_balqis: Yey my childhood crush comeback hahaha."
"@mukhlisakhairul: Yes! Lama tak tengok @awalashaari berlakon."
"@etyhanafiah: Gigih tunggu depan tv tho esok kerja sebab nak tengok @awalashaari berlakon sebab this is very rare, lama tak tengok Awal berlakon."
"@hidayahmizan: Ingat kan cerita lama. Sebab lama tak tengok Awal berlakon. Haha. Nice acting."
"@littleof_hana: Dah lama tak tengok @awalashaari berlakon. Selalu mengacara saja. Terbaikkk."
"@anggunarissa_: Yeahhhh awal is backkk."
"@w.yuhaniz_: Next drama please."
"@qylxrose_: Dah lama tunggu awal berlakon."
Awal mula aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2005 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini menerusi pengacaraan dan lakonan dalam drama serta filem tempatan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Saya Suka Berfikir, Scha Pula Lebih Kepada Selesaikan Masalah Secara Bersemuka” - Ini Cara Awal & Scha Pujuk Pasangan

gempak
22/10/2024
21:55 MYT
Pelakon dan pengacara, Awal Ashaari dan isterinya, aktres, Scha Alyahya mempunyai cara tersendiri untuk memujuk pasangan masing-masing sekiranya berlaku perselisihan faham.
Viral

Netizen Kagum Tengok Penkek Wajah Fattah Amin - "Ni Kalau Dah Makan Tak Sampai Hati Nak ..."

gempak
22/10/2024
12:30 MYT
Seorang usahawan penkek mencuri perhatian warganet menerusi bakat terpendamnya menghasilkan sebiji penkek berwajah pelakon kacak Fattah Amin.
Hiburan

Pelakon Wanita Beli Kapal Layar Mewah Hadiah Ulang Tahun Sendiri

gempak
22/10/2024
08:50 MYT
Tidak mengharapkan mendapat hadiah mewah daripada kekasih atau pihak lain sempena ulang tahunnya, pelakon Prilly Latuconsina membeli sesuatu yang istimewa buat dirinya sendiri.
Hiburan

“Saya Ada Jumpa Dengan Fatima Cuma Keadaan Dia Tak Sama” - Fattah Amin

gempak
22/10/2024
03:20 MYT
Aktor Fattah Amin memaklumkan dia ada berjumpa dengan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya, baru-baru ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Tak Kisah Suami Jadi Pelakon - “Kalau Dia Minat, Saya Tiada Masalah, Tapi..”

gempak
21/10/2024
12:55 MYT
Pelakon, Ummi Nazeera tidak menolak sekiranya suami, Dr Mohd Izzar Anwari terjun ke bidang industri seni.
BorakSeeni