Sempena Hari Malaysia yang bakal menjelang 16 September ini, Astro Ceria akan menayangkan filem istimewa iaitu Yo-Kai Watch The Movie.

Filem ini mengisahkan tentang peristiwa yang menandakan permulaan cerita yang tidak pernah dikisahkan, dan bagaimana wujudnya Yo-Kai Watch.

Jam tangan Yo-Kai telah hilang, sekumpulan rakan-rakan terdesak untuk mendapatkannya kembali.

Dalam misi itu, mereka telah pergi ke kawasan yang tak disangka, malah lebih hebat, jejak itu juga membawa mereka ke zaman dahulu!

Yo-Kai Watch The Movie tersedia dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan akan ditayangkan pada Rabu, 16 September 2020, jam 2.00 petang di Astro Ceria (631) , Ceria HD (611) dan Astro GO.

Sebelum menonton bersama adik ataupun anak-anak anda, mari kita lihat beberapa watak yang ditampilkan dalam Yo-Kai Watch The Movie ini!

Whisper



Sebahagian besar daripada pengetahuannya datang dari iPad Yo-Kai yang dibawanya.

Jibanyan



Suka sangat makan coklat!

Komasan



Komasan adalah singa-anjing penjaga yang sudah bosan menjaga kuilnya. Sekarang dia sedang mencari kuil yang baru.

Gurerurin



Yo-kai yang hanya tahu mencetuskan pemberontakan, dia merasuk budak-budak baik dan menjadikan mereka budak nakal.

Murikabe



Dia menolak segala permintaan anda dengan nada yang tegas!

Bakurobaa



Apabila Bakurobaa merasuk anda, anda akan rasakan keinginan untuk mendedahkan kesemua rahsia anda.

Melamelion



Raja segala makhluk dengan surai berapi! Yo-kai yang panas baran ini membuatkan orang ramai penuh semangat.

Rakutendou



Yo-Kai yang sangat optimis dan tidak pernah risaukan apa-apa.

Jangan lupa untuk mengikuti akaun Instagram Astro Ceria (@astroceria) dan tekan 'subscribe' di saluran YouTube mereka!