Penyanyi rap Yonnyboii berdepan serangan panik selepas tamat pertunjukan fesyen jenama Neonate pada petang Ahad.

Berkongsi perkara terbabit, Yonny atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 23, mengakui terlalu gementar hingga akhirnya menyebabkannya sesak nafas sejurus tamat pertunjukan fesyen itu.

Ketika kejadian, Yonny terpaksa dibawa ke luar pentas dan ditenangkan oleh tunangnya, Nik Nazira dan wakil pengurusan yang kebetulan berada di lokasi sama ketika itu.

"Alhamdulillah, sekarang sudah okey, semalam (Ahad) saya overwhelmed sangat dengan orang ramai dan terlampau nervous.

"Biasanya saya akan mengalami gejala sama setiap kali sebelum membuat persembahan nyanyian di pentas, tapi biasanya ada Nad (pengurus) di belakang pentas. Tapi semalam saya seorang diri.

"Saya minta maaf kepada rakan media, tak bermaksud nak tinggalkan acara," ujarnya ketika dihubungi Gempak.

Yonny memberitahu selepas mengalami serangan panik, tunangnya membawa ke restoran untuk mengalas perut sebelum menghantar ke rumah.

"Saya tak tahu macam mana nak handle situasi ini kalau dia tak ada. Selepas saya bertenang, dia bawa saya makan sekejap dan hantar saya balik.

"Sebenarnya panic attack itu berlaku kerana saya takut apa yang saya buat semalam salah, saya takut orang menilai saya dan risau terbuat silap besar.

"Saya jadi sesak nafas dan nervous sangat, lagi pula itu pertama kali saya catwalk di pentas runway. Jadi insecure dengan diri sendiri sebab nampak orang lain lagi profesional dari saya. Memang banyak perkara bermain dalam fikiran saya," jelasnya.

Melanjutkan bicara, Yonny teruja apabila diberikan peluang untuk berjalan di pentas fesyen pertama kalinya memperagakan busana Neonate milik pengacara popular Karl Shafek sempena Kuala Lumpur Fashion Week yang sudah melabuhkan tirai pada Ahad.

"Saya dihubungi oleh mereka untuk menjadi muse dalam pertunjukan fesyen, memang teruja sebab ini pun pertama kali saya. Seronok sebenarnya dapat berjalan di pentas KLFW.

"Tapi saya banyak insecure, rasa kecil sangat bila di belakang pentas. Sebab saya sedar saya ni tak adalah model sangat... Tapi sekadar nak mencuba benda baharu. Jadi saya sahut cabaran dan beranikan diri kali ini.

"Ketika di pentas mereka mahukan saya berjalan dengan karakter lain berbanding model. Saya jadi diri sendiri, mengikut mesej dari pakaian yang saya peragakan," ujarnya.


Neonate menampilkan koleksi bertemakan zaman kelam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat COVID-19 sejak dua tahun lalu dan isu kesihatan mental.

Diberi nama Noir yang bermaksud hitam (dalam bahasa Perancis), koleksi itu juga dikategorikan sebagai parut yang mendefinisikan pengalaman lampau.

Ditanya tentang pandangan mengenai koleksi Noir Neonate, kata Yonny; "Kita semua pernah melalui zaman gelap dan isu kesihatan mental ada di mana-mana cuma kurang diambil berat. Bagi saya koleksi ini berani tampilkan sesuatu yang lebih ekspresif dan soul apabila digayakan."


Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
!Telegram Gempak***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran