Hiburan

“You Are Great Singer!”- Lalui Pengalaman Pahit, Peminat Beri Sokongan Kepada Ismail Izzani

gempak
Mya Amri
31/10/2019
10:47 MYT
Sponsor Banner
“You Are Great Singer!”- Lalui Pengalaman Pahit, Peminat Beri Sokongan Kepada Ismail Izzani
Mungkin ramai yang tidak mengetahui pengalaman pahit yang terpaksa dilalui oleh Ismail Izzani sebelum bergelar penyanyi.
Pengalamannya itu buat pertama kalinya didedahkan oleh Ismail menerusi program Curhat.
Ternyata pendedahan Ismail itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminat yang rata-ratanya memberikan kata-kata semangat dan komen positif buatnya.
Mereka juga menyatakan rasa kagum dengan sikap Ismail yang tidak mudah putus asa walaupun liku-liku yang dilaluinya untuk bergelar penyanyi bukanlah mudah seperti yang disangka.
Bukan itu sahaja, Ismail juga dianggal sebagai salah seorang artis muda berbakat yang sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik dari segala aspek yang dilakukannya.
Selain Ismail, Curhat juga turut menampilkan pelakon Syida Melvin dan atlet futsal negara, Intan Serah.
Saksikan kesemua episod penuh Curhat menerusi platform digital Gempak di Facebook Gempak, Instagram dan YouTube. Curhat juga boleh ditonton di gempak.com/curhat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024