"You Are a Very Strong Woman" - Rezeki Semakin Murah, Puteri Sarah Jadikan Intan Liana Model Video Klip

Kamaruddin Razal
April 17, 2018 13:49 MYT
Simpati dengan ujian yang dihadapi oleh bekas madu kepada aktres Izreen Azminda, pelakon Puteri Sarah membuka ruang rezeki untuk membantu Intan Liana Saleh.
Isteri kepada pengarah dan pelakon Syamsul Yusof itu berkongsi detik pertemuannya dengan Intan menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya, @puterisarahliyana.
Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 33, menawarkan Intan untuk menjadi model video klip bagi produk terbarunya.
"First time jumpe @__iiiintan.saleh pemalu orangnya. Intan pun segan-segan dengan Sarah but Sarah kata jangan segan. I nampak je garang.
"Masa mula-mula tahu pasal Intan, Sarah bagitahu husband, ‘Sayang kesian Intan. I nak shoot video clip. I nak panggil Intan. I nak tolong dia, siapa lagi nak faham kalau bukan kaum wanita sendiri’.
"Minta @ena1611 carikan juga number Intan nak photoshoot. Dah jumpa, Intan pun macam Sarah sentiasa bawa anak ke mana-mana je.
"Kesian tengok Ariq melekat dengan bonda dia lepas tu kejap-kejap menangis sejak kes tu terjadi. Syaikhul nak kawan tapi abang tak pandai kawan lagi.
"Intan you are a very strong woman. Kami semua yang panggil photoshoot ni are just your stepping stones. But you must be independent yourself in order for you to move forward.
"In sha Allah ada rezeki tu untuk Intan. Let this be a lesson to all you women out there, sedikit sebanyak kita kena juga be independent. Woman, we need to start acting like ladies again," tulis Sarah.
Rata-rata peminat memuji usaha Sarah dalam membantu Intan untuk mengembangkan kerjayanya.
Selain itu, peminat juga turut mendoakan agar rezeki Intan sentiasa murah.
Sebelum ini, ushawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri turut melantik Intan sebagai model tudung jenama Aliff by Sha.
Krisis rumah tangga Intan dan pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude terlerai selepas pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Gombak Timur, Taman Seri Keramat, Selangor pada 22 Mac lalu.
Ude mendirikan rumah tangga dengan Intan pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata, Arish Muqri, 3, dan Areq Muqri yang berusia setahun.
Pada November tahun lalu, Intan dilaporkan rela bermadu dan akan mempertahankan rumah tangganya setelah mengetahui suaminya telah bernikah dengan Izreen pada 8 Ogos.
Izreen kemudiannya membuat pengakuan terbuka, dia sah menjadi isteri kedua Ude sejak 8 Ogos 2017 dalam satu perkahwinan tertutup di Damansara.
Izreen pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 dan bercerai selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.
Mereka mendapat seorang anak lelaki iaitu Muhammad Adrian Umar yang kini berusia empat tahun.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Sarah
#pelakon #Pelakon #Puteri Sarah Liyana #Intan Liana Saleh