Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

“You Make Me Happy When Skies Are Gray”- Fasha Sandha Video Call Dengan Kekasih?

Syafiqah Jalal 28/01/2018 | 09:35 MYT
Hari minggu macam biasa hari bermalasan Miss K di atas katil sambil-sambil mengikuti aktiviti kawan-kawan Miss K di laman sosial.
Macam biasalah, bukan kawan sahaja yang Miss K ‘follow’, artis kesayangan pun Miss K ikuti tau!
Sedang asyik lihat satu persatu IG (Instagram) Stories ni tiba-tiba muncul akaun IG pelakon Fasha Sandha.
Miss K dapat tahu Fasha Sandha kini sedang menjalani penggambaran sebuah drama di Kemboja.
Dengarnya berjauhan dengan keluarga membuatkan pelakon itu sering melakukan panggilan video bersama anak-anaknya, keluarga serta rakan.
Dalam IG Story Fasha pun terdapat satu persatu wajah-wajah yang di ‘screenshot’ ketika sedang membuat panggilan video.
Tapi apa yang membuat Miss K tertarik, dalam banyak-banyak itu ada salah seorang daripadanya wajahnya telah ditutup pelakon itu.
Dari foto itu kelihatan individu tersebut seperti seorang jejaka.
Amboi macam istimewa saja jejaka itu sebab dalam entri yang sama Fasha telah menulis ayat-ayat romantis seperti dituju kepada seorang kekasih.
“You make me happy when skies are gray.
“Please don’t take my sunshine away,” tulisnya.
Wah siapa tu Fasha? Bertuahlah orang tu! Nampaknya Fasha kini sedang dilamun cinta.
Alah apa salahnya kan? Fasha pon solo. Tapi Miss K teruja pula nak tahu siapa jejaka bertuah tu.
Mungkin Fasha belum bersedia untuk mendedahkan siapa yang telah memiliki hatinya ketika ini.
Kita hormat sahaja lah...Moga satu hari nanti Fasha dipertemukan jodoh dengan orang yang baik dan dapat menjaganya serta anak-anak.

Miss K: Tak sabar nak lihat persandingan gah Yuna dan Adam Sinclair yang berlangsung malam ini!

*Jika ada sebarang gossip atau cerita yang ingin disampaikan kepada Miss K, e-mel Miss K di gossipmissk@gmail.com ya!

#pelakon #Bercinta #Kahwin #Fasha Sandha #Kahwin #Pelakon
;