Personaliti media sosial, Azfar Heri teruja dan tidak percaya apabila akaun Instagramnya telah menerima pengiktirafan ‘verified’.

Azfar berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya semalam.

Menurut Azfar, dia mendapat tahu mengenai perkara itu menerusi sahabatnya terlebih dahulu.

“Teruja, tiba-tiba bila saya bangun pagi dah ada bluetick itu pun kawan saya yang cakap,” katanya ringkas menerusi ruangan IG Story.

A post shared by Azfar Herisyam (@azfarheri)


Dalam pada itu, Azfar juga turut menerima ucapan tahniah daripada pengikutnya di ruangan komen hantaran berkenaan.

Malah penyanyi terkenal, Yuna juga turut meninggalkan ucapan tahniah kepadanya.

“Verified, booked and busy baby,” tulis Yuna.


Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 199,000 tanda suka dan Azfar juga telah berjaya mengumpul seramai 1 juta pengikut.

Untuk info, Akaun yang telah menerima tanda biru ‘verified’ memberi maksud akaun seseorang personaliti, selebriti, figura umum ataupun duta sesuatu jenama itu asli dan disahkan oleh pihak Instagram.