YouTuber popular, Aqil Zulkiflee tidak mengambil ringan tuduhan fitnah melalui platform media sosial apabila menuntut permohonan maaf dan pampasan RM1 juta terhadap seorang wanita yang didakwa telah memfitnahnya.
Pengurus Krisis dan jurucakap Aqil Zukiflee, Saiful Ridzuan dari firma pengurusan krisis Saiful Ridzuan Public Relations And Communications berkata notis tuntutan tersebut telah dihantar melalui serahan tangan dan pos berdaftar oleh firma guaman yang dilantik pada minggu ini.
"Aqil Zulkiflee mengambil tindakan undang-undang tersebut bagi melindungi jenama peribadi, imej dan reputasinya," kata Saiful Ridzuan.
Pada 24 Disember tahun lalu, seorang wanita yang dikenali dengan nama Siti Solehah Mohamed Ali yang menggunakan aplikasi Facebook dengan nama pengguna Auntie Soleha telah memuatnaik, menulis dan menerbit satu penyiaran yang didakwa berbaur fitnah.
Melalui kenyataan-kenyataan yang dimuatnaik, wanita tersebut telah menulis dan membuat dakwaan yang Aqil adalah seorang yang sombong dan berlagak, berpura-pura baik di dalam media sosial beliau, tidak beradab, penipu, tidak hormat kepada peminat dan orang tua, tidak suka kepada kanak-kanak dan merupakan seorang yang talam dua muka.
Peguam Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors yang mewakili Aqil Zulkiflee menegaskan yang komen-komen yang dilemparkan oleh individu tersebut kepada anak guam jelas menunjukkan yang ianya bersifat fitnah, palsu dan kesemuanya merujuk kepada anak guam beliau.
"Anak guam telah menerima pelbagai reaksi negatif daripada masyarakat berikutan komen-komen yang tidak benar yang telah menjatuhkan reputasi dan mencalar kredibilitinya," kata Nurul Hafidzah menerusi kenyataan media kepada Gempak.
Kenyataan-kenyataan fitnah yang telah dimuatnaik di akaun Facebook tersebut telah dikongsi sebanyak 110 kali dan menerima lebih dari 350 reaksi dari netizen termasuk sorotan skrin yang dikongsikan lebih dari 1200 kali oleh seorang pengguna akaun di laman media sosial tersebut.
Aqil mengambil tindakan undang-undang tersebut kerana mendakwa sikap tidak bertanggungjawab individu tersebut telah menyebabkannya mengalami tekanan emosi, malu dan kesedihan apabila masyarakat mempercayai dakwaan kenyataan-kenyataan fitnah yang ditulis.
Jika tiada permohonan maaf dibuat dalam masa tujuh hari dan pembayaran RM1 juta atau gantirugi yang setimpal dibayar kesan daripada tindakan menyebarkan sebaran fitnah tersebut, Aqil akan terus memfailkan tuntutan di mahkamah.
Untuk rekod, Aqil merupakan Pemenang trofi kategori YouTuber Popular yang kali pertama diperkenalkan pada Anugerah Bintang Popular (ABPBH) ke-34 November lalu.
Amri Hassan
Mon Jan 03 2022
.png?ext=.png)

PU Syed Persoal 'Acara Gelek' Ifa Raziah, Kak KM: “Bagaimana Status Rezeki Yang Terbit Dari Usaha Yang Haram...?”
PU Syed tegur Ifa, Kak KM

Tunang Shuib, Watie Selesai Kursus Kahwin Di Usia 35 Tahun - "Orang Kata Yang Lambat Selalunya..."
Watie dakwa dia peserta tertua pergi kursus kahwin

KRU Perkenalkan Wetland Studios Putrajaya, Syarikat Milik Selebriti Pertama Mengendalikan Taman Tema
Menarik untuk dikungjungi satu family!

Berkawan Baik, Arnold Schwarzengger Sifatkan Bruce Willis Yang Nyanyuk Tak Pernah Bersara
Arnold sifatkan Bruce seorang insan luar biasa

Jalin Hubungan Dengan Aktor 10 Tahun Lebih Muda, Luna Maya Syukur Disokong & Minta Doa
Luna Maya ada kekasih baharu!

Siap Dalam Masa Tiga Hari, Syabil Harap Lagu Dunia Kita Mendapat Tempat Dalam Kalangan Pendengar Muzik Tempatan
Lagu Dunia Kita terinspirasi daripada pengalaman sebenar

Ini Sebab Sharifah Sakinah Pasang Ayat Al-Quran Ketika Shooting Filem Jemputan Ke Neraka…
Penggambaran pula dekat banglo lama.

#BIGSTAGE5: Baju Yang Digayakan Aina Abdul Ganggu Pandangan Penonton? Ini Jawapan Pihak Produksi: “Tak Pernah Terima Sebarang Aduan…”
Pihak produksi dah bagi jawapan

Lima Tahun Hajat Tertangguh, Raffi Ahmad Buat Kejutan Bawa Pekerja Tunai Haji
Raffi Ahmad lunas hajat

#BIGSTAGE5: “Duduk Belakang Aina Ke, Ajai Ke, Korang Still Terhalang” - Pereka Baju Aina Abdul Tampil Beri Penjelasan
Ini penjelasan Masyadi Mansoor