Penyanyi dan penulis lagu, Yuna akui sedih apabila kehilangan anak saudaranya Arisa Naura akibat COVID-19 ketika umat Islam masih menyambut Hari Raya.

Lebih memilukan, menurut Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara’ai, 36, anak saudaranya yang berusia satu tahun lima bulan itu terpaksa bertarung nyawa selama 12 jam.

“Semalam hari yang amat sukar.

"Anak saudara saya Arisa Naura meninggal dunia dunia akibat COVID-19 selepas bertarung nyawa selama 12 jam,” tulisnya.

Pelantun lagu Terukir Di Bintang itu berkongsi berita duka berkenaan di IG Story miliknya.

Yuna turut memaklumkan Arissa telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor.

Difahamkan Yuna masih berada di Malaysia sejak menyambut Syawal di kampung halamannya.