Yusof Haslam Tak Tolak Puteri Sarah & Syamsul Yusof Berjodoh - “Kalau Ditakdirkan Mereka Bersatu Kembali…”
Firdaus
16/09/2024 02:22 MYT
16/09/2024 02:22 MYT
Pengarah Datuk Yusof Haslam menyatakan dirinya tidak menolak sekiranya Syamsul Yusof kembali berjodohan dengan Puteri Sarah.
Terbuka Terima Puteri Sarah
Menurut pengarah berusia 70 tahun itu, dia sentiasa terbuka untuk menerima Puteri Sarah kembali sebagai menantunya serta mendoakan yang terbaik untuk pelakon tersebut dan anak sulungnya.
“Mudah-mudahan Sarah mendapat jodoh, Syamsul mendapat jodohnya. Kalau ditakdirkan mereka bersatu kembali pun itu biar takdir yang menentukan.
“Saya doakan yang terbaik untuk mereka. Ramai berharap supaya mereka kembali bersama, tapi ia bukan sesuatu yang saya boleh ramalkan, sebab ia ketentuan Allah SWT,” katanya ketika ditemui Gempak.
Berkongsi lebih lanjut, Datuk Yusof Haslam atau nama sebenarnya Md Yusof Md Haslam berkata hubungannya bersama Puteri Sarah dalam keadaan baik dan sentiasa menganggap aktres itu sebagai menantunya walaupun tidak lagi bergelar isteri kepada Syamsul.
“Hubungan saya dengan Sarah sentiasa baik. Walaupun jika Sarah tiada jodoh untuk kembali bersama Syamsul.
“Saya masih anggap dia (Sarah) sebagai menantu sebab cucu saya adalah anak-anak Sarah dan Syamsul. Jadi saya doakan yang terbaik buat mereka berdua,” kongsinya lagi.

BERITA TRENDING: Yusof Haslam Dedah Syamsul Yusof Rindu Masakan Ibu, Gembira Anak Balik Ke Pangkuan Keluarga - “Alhamdulillah…”
BERITA TRENDING: Syamsul Yusof Kembali Kepada Pangkuan Ibu Bapa
BERITA TRENDING: Terima Kasih Kerana Doakan Baik-Baik Untuk Saya - Syamsul Yusof
BERITA TRENDING: Ira Kazar Enggan Komen Selepas Sah Cerai Talak Satu
Datuk Yusof Haslam berkongsi tentang perkara berkenaan ketika ditemui selepas konsert minggu pertama Kilauan Emas 2024 yang berlangsung di Royal Theater, Shah Alam pada Sabtu.
Terdahulu, isteri kepada Yusof Haslam, Datin Patimah Ismail sebelum ini berkongsi hantaran di Instagram memaparkan Syamsul kembali ke sisi keluarga.
Apa yang lebih menarik perhatian, bekas isteri kepada Syamsul, iaitu Puteri Sarah turut dapat dilihat bersama dalam foto berikut.
Pada 5 September lalu, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor mengesahkan Syamsul dan bekas isterinya iaitu Ira Kazar sah bercerai apabila wujudnya lafaz cerai taklik yang dilafaz oleh Syamsul ketika pasangan itu masih bergelar suami isteri.
Untuk rekod, Syamsul dan Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.
Syamsul juga pernah berkahwin dengan Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 namun perkahwinan sembilan tahun mereka itu berakhir dengan penceraian apabila pengarah itu melafazkan talak satu pada 14 Jun 2023.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5 tahun.