Malah ketika ditanya adakah dia ingin menjaga hati dan perasaan seseorang berikutan enggan mengulas, anak kepada pengarah Datuk Yusof Haslam itu hanya tersenyum dan menggelengkan kepala.
Pengarah filem Munafik itu turut berterima kasih kepada mana-mana individu yang banyak memberikan kata-kata semangat.
"Saya banyak terima mesej menerusi WhatsApp dan dalam media sosial. Mereka mendoakan yang baik-baik Terima kasih," katanya.
Ditanya mengenai komen yang pernah dikeluarkan oleh bapanya iaitu sentiasa mendoakan terbaik untuknya, Syamsul mengharapkan orang ramai menghormati urusan keluarganya.
"Itu sahaja yang mampu saya cakap, kita doakan yang terbaik. Kalau apa saja saya cakap, pasti akan jadi tajuk berita," ujarnya.
Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, pada Khamis mengesahkan wujudnya lafaz cerai taklik yang dilafaz oleh Syamsul terhadap Ira ketika pasangan itu masih bergelar suami isteri.
Peguam syarie mewakili Ira Kazar, Mohammad Fadhil Abdul Razak berkata mahkamah mengesahkan berlakunya lafaz taklik dan sekali gus jatuh talak satu.