Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Zahnita Bakal Fail Cerai, Bukan Mudah Berdepan Dengan Orang Narsistik - “Memang Susah Nak Lari…”

Asyikin Mayudin 03/12/2024 | 02:30 MYT
Pelakon dan model Zahnita Wilson akhirnya dapat menarik nafas lega apabila polis menahan suaminya bagi membantu siasatan selepas pendedahan dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Fail cerai

Zahnita memberitahu dia kini dalam proses menyiapkan dokumen untuk dibawa ke Mahkamah Rendah Syariah Kuantan bagi urusan permohonan perceraian pada hari ini, Selasa.

“Saya rasa lega, akhirnya saya boleh pergi rumah untuk ambil apa yang patut dan kumpulkan dokumen untuk dibawa ke mahkamah.

“Insya-Allah hari ini saya akan pergi mahkamah untuk failkan perceraian. Saya akan berjumpa dengan peguam dan bawa semua dokumen untuk urusan permohonan perceraian,” kata Zahnita ketika dihubungi Gempak.

Demi Anak

Dalam pada itu, Zahnita berkata dia bertahan selama 20 tahun hanya disebabkan anak-anak dan bimbang masalah rumah tangganya itu akan memberi kesan kepada mereka.

“Selama ini saya bertahan sebab anak-anak… semuanya demi anak-anak. Apa yang jadi memang menganggu emosi anak-anak. Terutama anak perempuan saya, beri kesan kepada dia di sekolah.

“Sebab itu saya masih bertahan, sebab saya takut keadaan anak-anak di sekolah, beri kesan kepada pelajaran mereka. Tapi benda dah jadi, nak buat macam mana,” ujarnya lagi.

Personaliti narsistik

Bagaimanapun, keadaan semakin teruk memandangkan Zahnita berdepan dengan suaminya yang mempunyai personaliti narsistik.

“Saya bertahan demi anak tapi malangnya, makin teruk. Bukan mudah nak berdepan dengan orang narcissistic. Memang susah untuk lari.

“Hanya orang yang ada dalam situasi yang sama mesti faham, bukan senang nak keluar. Sepatutnya saya rancang untuk fail cerai pada Februari.

“Tapi kita hanya mampu merancang. Kejadian abuse berlaku pada bulan Mei... saya kumpul duit, buat business dan akhirnya pada 26 November lalu, saya berjaya keluar dari rumah dia,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Simpati Dengan Nasib Zahnita Wilson - “Selama Ni Orang Kutuk & Kecam Kata Dia Macam Orang Gila Rupanya…."

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Zahnita Wilson Ditahan

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Foto Mata Lebam, Zahnita Jadi Mangsa Penderaan? - “Ini Sebab Saya Tinggalkan…”

Pada Isnin, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, suspek ditahan selepas hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan hari ini bagi membantu siasatan.

Menurutnya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Kuantan pada Selasa bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

Terdahulu media melaporkan hantaran terkini dimuat naik pelakon dan bekas model, Zahnita Wilson mengejutkan ramai apabila berkongsi dua foto menampakkan matanya yang lebam.

Tidak memperincikan apa yang berlaku, Zahnita atau nama sebenar, Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 39, berkata, seboleh-bolehnya dia enggan membuka pekung di dada, namun keadaan memaksa untuknya berbuat demikian.

#Rumah tangga #Zahnita #Narsistik #Mangsa keganasan #Suami Zahnita #Zahnita mangsa keganasan
;