Hiburan
Zain Hamid Belum Ada Perancangan Kahwin Lagi
Anggota kumpulan Ruffedge, Zain Hamid mengakui belum mempunyai pengganti bekas isterinya, Khazmira Anuar walaupun sudah menduda selama empat tahun.
Menurut penyanyi dan pelakon ini, walaupun dia tidak mempunyai seorang isteri di sisi, kehidupannya tetap bahagia.
"Buat masa sekarang, belum ada sesiapa lagi walaupun sudah menjangkau empat tahun saya menduda.
"Alhamdulillah kehidupan saya bahagia walaupun hakikatnya lebih sempurna jika ada seorang isteri di sisi.
"Saya tidak membuat perancangan untuk mendirikan rumah tangga namun rezeki Allah tiada siapa yang mengetahui," katanya.
Zain dan Khazmira mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2008 namun jodoh mereka berakhir pada November 2014.
Pasangan itu telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Arianna Rania, 9 tahun.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Must-Watch Video