Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Zain Tak Pernah Suruh Saya Kemas Rumah, Tak Paksa Masak" - Che Ta

Amri Hassan
12/12/2022 08:55 MYT
Meraikan ulangtahun perkahwinan kesembilan, dramatis terkenal Rozita Che Wan menyifatkan suaminya, Zain Saidin sebagai lelaki yang penyabar.

Malah, kata Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, Zain tidak pernah mengongkong pergerakannya atau mengarahkannya untuk melakukan kerja rumah.

"12 tahun jadi ibu tunggal, tak pernah give up dengan perkahwinan. Kadang Allah hantar peneman untuk uji kesabaran kita.

"Kalau sabar kekallah bahtera yang kita bina, kalau tak sabar itu yang porak peranda.

"Alhamdulillah sembilan tahun ini Allah hantar yang baik-baik saja.

"Zain tak pernah suruh saya kemas rumah, tak pernah paksa masak, jauh sekali nak control pergerakan kami," coretnya dalam hantaran khas di Instagram.

Bagaimanapun, dedah Che Ta, Zain seorang suami dan bapa yang sangat mementingkan didikan agama Islam dalam keluarganya.

"Satu benda dia ulang setiap waktu, sayang dah solat? Tak sangka mat salih celup yang kami kahwin ni sangat particular tentang agama.

"Ingat lepas kahwin, nak pakai skirt atas peha je. Iyalah kita pula feeling macam kahwin dengan mat salih, tapi terus slowly tutup aurat. Alhamdulillah.

"Ada sebab Allah hantar peneman hidup kita, tak kaya, tapi bahagia," ujarnya.

Dalam pada itu, Rozita turut menasihati golongan wanita agar tidak berputus asa dalam urusan jodoh dan sentiasa bersangka baik dengan Allah.

Che Ta dan Zain mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia lapan tahun.

Che Ta juga mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Affendy, 26, dan Aniq Ezzra, 24.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#pelakon #Che Ta #Zain Saidin #Rozita Che Wan #Anniversary
;