Zainal Abidin Harap Penganjur Muzik Festival Peka Soal Agama, Elak Pakaian Menjolok Mata - “Kita Negara Islam..”
17/08/2024 02:55 MYT
Penyanyi, Datuk Zainal Abidin Menakai penganjuran festival muzik tempatan terbaik bagi merancakkan industri seni hiburan.
Batas agama perlu dijaga
Bagaimanapun, penyanyi berusia 65 tahun itu, berpendapat bahawa pergaulan antara jantina berlainan perlu dijaga meskipun sedang berhibur.
“Sebenarnya, penganjuran festival muzik terbaik untuk industri, tapi landasan agama harus dipraktikkan dan tak boleh langgar.
"Kita negara Islam yang menitikberatkan pergaulan antara lelaki dan perempuan, cara berpakaian, kata-kata yang dikeluarkan ketika atas pentas, ia haruslah ditapis dan diperbaiki untuk mereka yang menonton," katanya.
BERITA TRENDING: Siti Nurhaliza Bakal Warnai Hausboom Music Festival 2024
BERITA TRENDING: “Orang Tu Ke Bagi Rezeki Dekat Saya?- Baby Shima Anggap Kecaman Sebagai Ujian, Mahu Terus Perjuang Dangdut
BERITA TRENDING: “Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah” - Jeritan Terakhir Pembantu
BERITA TRENDING: "Mungkin Ini Yang Terbaik, Saya Manusia Tak Lari Dari Kesilapan" - Nora Ariffin Tampil Bersuara, Kini Berlapang Dada
Pelantun lagu Hijau itu juga berharap agar masyarakat yang hadir di muzik festival dapat menjaga kelakuan agar tidak melampaui batas-batas agama.
“Ini tanggungjawab sebab nak kena jawab di akhirat nanti. Lelaki perempuan berpelukan sesama bukan mahram, saya menyanyi seolah-olah menggalakkan, jadi saya bertanggungjawab nanti.
"Jadi, saya harap, penganjur akan lebih peka dan prihatin. Ada banyak artis baharu yang saya tak kenal. Dari segi pemakaian, sakit mata juga.
"Ia tak salah pada diri mereka, tapi salah daripada sudut agama. Itu harus diperbetulkan agar tidak keterlaluan," katanya ketika ditemui di sidang media Hausboom Music Festival 2024 di Khan's Indian Cuisine pada Rabu.
Mengulas lanjut mengenai penglibatannya di dalam muzik festival itu, Zainal memaklumkan ini merupakan penglibatan kali pertama buat dirinya dalam menjayakan festival muzik bersama Hausboom.
"Ini kali pertama saya dan rasanya saya adalah artis tertua di festival ini. Tapi, apa yang orang muda boleh buat, saya tak boleh buat. Apa yang saya boleh buat, orang muda tak boleh buat.
"Saya boleh nyanyi 45 lagu dalam masa tiga jam setengah, tiada masalah. Tapi, orang muda hanya boleh nyanyi antara 15 sehingga 20 lagu. Insya-Allah saya akan menyanyikan dalam lima lagu terpilih termasuklah Hijau,” ujarnya lagi.
Untuk info, Zainal merupakan salah seorang penyanyi bakal membuat persembahan di Hausboom Music Festival 2024 di KL Base, Kuala Lumpur pada 5 dan 6 Oktober depan.
Selain Zainal, antara artis lain termasuklah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ruffedge, Iqbal M, Joe Flizzow, Luqman Podolski, No Good, Orkes A Hizadin, Amir Masdi, Armpunk Syndicate, Jemson, Airliftz, Yaph dan Senario.
Ia diikuti band terkenal tanah air seperti Wings, Akim & The Majistret, Exist, Bunkface, Masdo, ACAB, 53 Universe, Skudap Skudip serta kumpulan dari Indonesia iaitu Payung Teduh dan The Changcuters.