Zaki Yamani Ada Sebab Rahsiakan Result SPM - “Ayah Tak Duduk Sekali, Jadi Tak Rasa Nak Luah Pada Dia”
Khairil Khusyairi
20/08/2024 12:55 MYT
20/08/2024 12:55 MYT
Penyanyi Zaki Yamani memaklumkan dia mempunyai alasan sendiri mengapa merahsiakan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diperolehnya baru-baru ini.
Tak Suka Kongsi Hal Peribadi
Menurut Zaki, dia kurang selesa berkongsi perihal peribadi kepada umum sebaliknya hanya berkongsi kepada ibu dan keluarga ibunya sahaja.
“Saya memang rahsiakan dari semua orang. Yang tahu sebenarnya hanya ibu saya dan keluarga ibu saya. Abang saya juga tidak tahu.
“Tetapi memang daripada dulu pun saya tak suka kongsi keputusan seperti UPSR. Saya tak suka kongsi hal peribadi saya.
“Inilah kehidupan saya sebenarnya, saya lebih suka kongsi apa yang yang saya suka contohnya menyanyi, kalau peribadi saya tak suka,” ujarnya kepada Gempak.
“Inilah kehidupan saya sebenarnya, saya lebih suka kongsi apa yang yang saya suka contohnya menyanyi, kalau peribadi saya tak suka,” ujarnya kepada Gempak.
Bapa Tiada Hubungi
Dalam pada itu, pelantun lagu Mati Rasa itu menjelaskan bapanya iaitu penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah turut tidak mengetahui keputusan SPM tersebut.
“Dia tak ada Whatsapp saya pun, saya okay saja.
“Dia tak ada Whatsapp saya pun, saya okay saja.
“Ayah saya juga tidak duduk sekali, jadi memang tak rasa untuk luahkan pada dia. Saya lebih rela luah pada ibu saya yang menjaga saya.
“Mereka saja faham kerana bersama saya sejak dari kecil, jadi saya okay saja,” kongsinya.
Zaki turut menerima beberapa tawaran untuk menyambung pengajian di peringkat universiti namun belum membuat keputusan.
Zaki turut menerima beberapa tawaran untuk menyambung pengajian di peringkat universiti namun belum membuat keputusan.
“Dah dapat beberapa tawaran, institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) saya dah dapat, tapi saya masih fikir tawaran dari swasta juga.
“Saya tengah rungsing sebab pengambilan akan bermula pada September depan, saya pun masih belum ada keputusan.
“Kerajaan itu jurusan muzik, swasta pula tiada jurusan muzik. Jadi saya masih lagi berfikir,” kongsinya lagi.
Terdahulu, tindakan Zaki merahsiakan keputusannya itu ternyata menimbulkan persoalan kepada bapanya iaitu Datuk Jamal Abdillah.