Masih terkesan dengan pemergian Abam Bocey, pelawak dan juga pengarah Afdlin Shauki berkongsi kenangannya berama rakan baiknya Harun Salim Bachik.

Perkara itu dikongsi menerusi satu posting Instagramnya, hari ini.

Menerusi posting berkenaan, Afdlin menjelaskan orang ramai sekarang mungkin sudah lupa, tapi tidak pernah melupakan pengorbanan rakan dan adik-adiknya di dalam dunia komedi.

"Zaman kita dulu orang tak berapa pandang pelawak ni.

"Sekadar selingan saja tapi oleh kerana orang macam Arwah Harun Salim Bachik, Arwah Din Beramboi, Arwah Mr OS dan ramai lagi pelawak generasi sebelum ni, adik-adik pelawak kita hidup dalam dunia yang berbeza," katanya.

Tambahnya, kerja menghiburkan hati orang dengan lawak jenaka ini boleh mengubah nasib mereka dan keluarga sehingga menjadi seseorang yg di hormati.

"Al-fatihah buat semua pelawak-pelawak yang sudah pergi kerana sumbangan mereka," katanya.

BACA: Pelawak Abam Bocey Meninggal Dunia

Menerusi ruang komen, rata-rata netizen turut tersentuh dengan perkongsian Afdlin itu.

Kebanyakan mereka menganggap kesemua pelawak yang telah pergi itu satu aset berharga buat industri hiburan khususnya.

Untuk rekod, pelakon komedi terkenal yang juga bekas Presiden SENIMAN, Harun Salim Bachik meninggal dunia pada 8 Mac 2015.

Pemergian arwah dipercayai selepas mengalami sesak nafas ketika singgah di Hentian Rehat & Rawat Gunung Semanggol (Selatan), Perak.

Ketika itu bekas arwah dilaporkan dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang bersama keluarganya.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 56 tahun.

Al fatihah buat mu sahabat. Budak baru mungkin lupa, tapi aku takkan lupa pengorbananmu utk adik adik kita dalam dunia komedi ini. Zaman kita dulu orang tak berapa pandang pelawak ni. Sekadar selingan aja kita tapi oleh kerana orang macam Arwah Harun Salim Bachik, Arwah Din Beramboi, Arwah Mr OS dan ramai lagi pelawak generasi sebelum ni , adik adik pelawak kita hidup dalam dunia yg berbeza di mana kerja menghiburkan hati orang dgn lawak jenaka ini boleh mengubah nasib mereka dan keluarga sehingga menjadi seseorang yg di hormati. Al-fatihah buat semua pelawak-pelawak yg sudah pergi kerana sumbangan mereka. #buatbaikramaiorgsayang

A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on