Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Zamarul Hisham Tak Berahsia! Mesej Di Instagram & Password Bank Pun Isteri Tahu - “Sebab Saya Berdasarkan Kepercayaan”

Mya Amri
29/07/2024 02:50 MYT
Pelakon, Zamarul Hisham meletakkan kepercayaan dan kejujuran sebagai asas kebahagiaan dalam kehidupan berumah tangga bersama isteri, Diana Rafar.

DM Instagram, Nombor Pin Bank Semua Diana Tahu


Menurut Zamarul, dia tidak menyembunyikan apa-apa rahsia daripada isterinya termasuklah nombor pin akaun bank juga semuanya diketahui Diana.

“Saya tak suka balas DM, Instagram pun kadang-kadang selang sminggu baru saya memuat naik satu hantaran.

“Isteri saya bising, kena buat posting katanya. Begitu juga dengan TikTok, dua tiga hari rancak selepas itu hilang, sebulan saya tak buka.

“Jadi kadang-kadang bila DM banyak mesej masuk, isteri saya yang baca tetapi dia tidak balas kecuali rakan-rakan terdekat.

“Kalau dia yang buka dia akan tolong balas. Saya dan isteri memang tiada rahsia. Kadang saya, kadang dia yang baca.

“Telefon bimbit saya memang bersepah, kata laluan akaun saya semua memang tak ada rahsia. Tak tahulah nak kata sebab saya based on trust,” ujarnya.


Zamarul berkongsi perkara itu ketika ditemui Gempak pada majlis Afyaa Dari Poket Artis ke Poket Artis di Shah Alam pada Khamis.

Ada Sebab Tak Suka Balas DM Instagram


Dalam pada itu, Zamarul juga turut menjelaskan dia tidak gemar membalas mesej di Instagram kerana lebih gemar memberikan tumpuan pada keluarganya.

“Saya tak baca DM sebab bagi saya, saya pelakon. Saya perlu menjalani penggambaran bila saya berlakon.

“Jadi waktu selesai sahaja penggambaran sudah tentu saya mahu berehat dan meluangkan masa dengan anak-anak.


“Bila tiba masa untuk berehat, saya dah bukan pelakon. Saya lepak dengan anak-anak dan keluarga jadi saya tidak layan benda-benda sebegitu, saya jarang tengok,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Zamarul Hisham Masih Terima Mesej Berbaur Godaan - “Pelik Juga, Sekarang Ramai Minat Suami Orang”

ARTIKEL BERKAITAN:Bapa Zamarul Hisham Meninggal Dunia, Sempat Tunai Hasrat Terakhir Mahu Cetak Foto Keluarga - “Ya Allah Rupanya Dia Nak Hias Dekat Sini…”

ARTIKEL BERKAITAN:“Basuh Bersih-Bersih Ok, Tak Basuh Pun Tak Apa I Suka” - Dialog ‘Panas’ Zamarul Untuk Zahirah Jadi Bualan Netizen

ARTIKEL BERKAITAN:“Rasa Macam Isteri Tak Sempurna”- Diana Rafar Dedah Pernah ‘Down’ Dengan Sikap OCD Zamarul Hisham

ARTIKEL BERKAITAN:Diana Rafar, Zamarul Hisham dan Afyaa Santuni Selebriti Veteren Menerusi Dari Poket Artis Ke Poket Artis 2.0


Untuk rekod, Zamarul mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi Diana Rafar pada tahun 2009.

Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Kashfi Haikal, 14, Kayla Reysha, 7, dan Kaydeen Haiqal, 4 tahun.

Zamarul juga mempunyai dua anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu.
#Instagram #Isteri #Zamarul Hisham #Diana Rafar #IG #Password #Tak Berahsia