Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Zaquan Adha Tak Masuk Campur Isu Rumah Tangga Aidil Zafuan Dengan Rita Rudaini, Hanya Doakan Yang Terbaik

Firdaus
05/04/2024 08:55 MYT
“Saya tak ada apa-apa komen,” berikutlah kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha berikutan kemelut rumah tangga pasangan kembarnya, Aidil Zafuan dengan bekas isteri, Rita Rudaini.

Doakan Yang Terbaik

Menurut Zaquan atau nama sebenarnya Zaquan Adha Abdul Radzak, 37, memaklumkan dirinya tidak mencampuri urusan keluarga abangnya serta mendoakan yang terbaik buat Aidil dan pihak Rita Rudaini.

“Untuk saya, saya rasa saya tak ada apa-apa komen yang perlu saya keluarkan, tak perlu kenyataan daripada saya.

“Cuma saya doakan yang terbaiklah untuk Aidil dan juga pihak di sebelah sana. Dan di bulan yang baik ni saya harap semuanya berjalan dengan lancar, sebab ini bukan hak saya untuk bersuara ataupun memberikan pendapat. Saya hanya harap mereka selesaikan isu ini dengan baik,” katanya.

Tak Masuk Campur Konflik

Sementara itu, Zaquan turut mendedahkan keluarganya tidak terlibat dalam konflik antara bekas birasnya bersama pasangan kembarnya.

“Kita tak ada masalah pun, dengan sesiapa pun kita tak ada masalah dan kita pun tidak mahu mencari masalah.

“Ini hal rumah tangga masing-masing, mungkin masa-masa mereka sebelum ini hanya mereka sahaja yang tahu. Walaupun saya adik-beradik kepada Aidil, saya tak mahu beri komen lebih-lebih,” ujarnya.

Sekadar info, Zaquan Adha ditemui selepas Sidang Media Barisan Pakar Bola Sepak Astro (Liga Malaysia Musim 2024/2025).

Zaquan Adha dan seorang lagi bekas pemain bola sepak, Mahali Jasuli difahamkan bakal memeriahkan saingan Liga Malaysia musim hadapan dengan menyertai Astro Arena sebagai Pakar Tetamu Liga Malaysia .

Zaquan dan Mahali akan membawa pandangan generasi baru dalam ulasan bola sepak bersama-sama barisan pakar yang lain seperti Safee Sali, Razman Roslan dan juga Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo).

BERITA TRENDING: “Saya Tak Nak Anak Jadi Derhaka” - Rita Rudaini Tak Halang Anak Jumpa Bekas Suami

BERITA TRENDING: Rita Rudaini Nafi Sekat Anak Jumpa Aidil – “Jasa Bapa Dia Cuma Bagi Benih Saja! Tiada Masa Saya Nak Hasut”

#Anak #Rita Rudaini #Selebriti #Suami #Isteri #Zaquan Adha #Rumah tangga #Aidil Zafuan #hiburan
;