Zara Zya Ikut Nasihat Peguam, Terima Permohonan Maaf Blogger

Badrul Hashim
Februari 21, 2019 02:32 MYT
Beberapa hari lalu Zara Zya memuat naik satu entri di Instagramnya meminta satu blogger membuat permohonan maaf secara terbuka.
Ini kerana tajuk sebuah artikel di blog tersebut didakwa Zara berbaur fitnah.
(Baca: "Padamkan Posting Dan Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka Dalam Masa 3 Hari Atau...")
Pada posting terbarunya, Zara menyatakan dia menerima permohonan maaf blogger tersebut atas nasihat peguamnya.
"Saya dinasihatkan peguam saya, Dato Hifdzi Hamzah supaya menerima permohonan maaf terbuka dari pihak blogger tersebut.
"Saya anggap kes ini selesai dan tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang," tulis Zara.
Zara juga berharap agar semua blogger mengambil pengajaran dengan apa yang berlaku dan tidak mengambil kesempatan dengan menyebarkan fitnah pada orang lain.
#pelakon #Zara Zya #Pelakon