Zarina Anjoulie Bagi Amaran Pada Jantan Nak ‘Try’

Amri Hassan
Mac 20, 2018 13:44 MYT
Pelakon kontroversi yang juga usahawan produk wanita, Zarina Anjoulie berdepan pelbagai kerenah pelanggan termasuk yang mengajaknya '1 night stand'.
Zarina menerusi sebuah entri di laman Instagram (IG)nya, menyelar sesetengah pelanggan lelaki yang bersikap kurang sopan menghantar mesej secara personal dan mengajaknya melakukan perkara tidak senonoh.
Mungkin kerana sudah tidak tahan dengan sikap lelaki mata keranjang, Zarina memberi amaran kepada mereka, terutama yang sudah berkahwin.
Bukan itu sahaja, Zarina juga ‘bersumpah’ akan memaparkan nombor telefon lelaki yang mengganggunya itu menerusi IG untuk ditularkan.
Status tersebut telah mendapat 5,932 likes dan 606 komen itu disokong oleh pengikut IGnya yang majoritinya kaum wanita.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Instagram zarina_anjoulie
#pelakon #Viral #Pelakon #Viral #Zarina Anjoulie