Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Zarina Anjoulie ‘Bantai’ Instafamous Gila 'Fame' – “Menjijikkan! Kau Pernah Tengok Neelofa Reviu Produk Dia Kat Kedai Orang?”

Fiza Kamarudin 14/09/2020 | 02:30 MYT

Pelakon Zarina Anjoulie meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir golongan ‘instafamous’, pengasas produk dan selebriti yang suka menarik perhatian orang lain dengan memviralkan sesuatu perkara yang tidak perlu.

Zarina menerusi posting di Instagram(IG)nya berkata, golongan seperti ini menjijikkan kerana berasakan diri mereka terlalu popular dan tunjuk bagus.
“Kau instafamous ke artis ke founder produk ke, nak jual barang…tak payah menggelabah boleh tak? Menjijikkan! Menggelupur nak maki orang sana sini, kau ingat kau cool?
“Kau nak viralkan tempat orang, malukan tempat orang mana yang kau pergi. Sedar tak orang-orang yang buat benda ni semua mesti youtubers, instafamous, founder tapi tak semua lah…Kenapa diaorang buat macam tu? Sebab untuk secebis fame!,” katanya.
Tidak menyebelahi mana-mana pihak, namun kata Zarina atau lebih mesra dipanggil Anjou ini, ada banyak cara lain sekiranya melakukan viral untuk mencari populariti.
“Ada caranya, kau kena ingat suatu hari nanti kau pula buka restoran atau ahli keluarga kau ke, lepas tu mereka pula kena viral…Apa perasaan kau?
“Korang tu low class, korok! Pergi tempat orang reviu barang. Yang kau menggelabah nak reviu kat tempat orang kenapa?
“Aku baca kau kata kena halaulah apa lah…Yang kau datang dengan kawan-kawan kau 10 orang buat riuh kat situ. Comfirm-comfirm kau dengan kawan-kawan kau bising, acah-acah kau founder hebat.
“Kau nampak tak Neelofa buat macam tu? Kau pernah dengar tak Datuk Siti Nurhaliza buat reviu kat tempat orang?
“Lepas tu tak puas hati sikit nak saman. Obviously kau tak ada duit pun nak saman. Stop lah viralkan orang tanpa sebab.
“Lagi satu kalau reviu kat tempat orang, orang tu tak suka…Kau tak payah pun nak reviu. Kau nak reviu pun rileks-rileks je. Aku ni pun ramai orang tak suka, tak pernah pun kena halau, padahal aku ni kalau bercakap pun memang kuat suara aku,” katanya.
Bagaimanapun menerusi rakaman video tersebut, dapat dilihat pesanan Anjou ditujukan secara umum kepada founder produk dan instafamous yang suka mencari publisiti.

Menerusi video tersebut juga Anjou ada menyebut beberapa isu tular melibatkan pengasas produk, youtuber dan instafamous.

Makin banyak case org nk viral kan tempat org just do anything just utk secebis viral menggelabah Sial ! This is how I feel about it . Sorry not sorry - - - my primer make up base is by @unicohq RM18

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1) on

#pelakon #Viral #Pelakon #Viral #Zarina Anjoulie
;