Laman Utama
Zarina Anjoulie Nasihat Jangan Tertekan Dengan Teguran PU - "Betul, Mereka Cakap Yang Terbaik Dari Segi Agama, Tapi..."
Perkahwinan singkat pelakon dan Instafamous Zarina Anjoulie atau lebih mesra dengan panggilan Anju kini menjadi bualan hangat netizen.
Dalam satu perkongsian di IGTV Instagram miliknya, Anju berkongsi sedikit perasaan mengenai penceraiannya, sebab penceraiannya serta nasihat kepada sesiapa yang menerima tekanan supaya menyegerakan perkahwinan.
"Anju hanya nak kongsi apa yang anju rasa sebenarnya, you know my parents and some of my friends yang kata kenapa cakap benda ni untuk aibkan, kenapa beritahu cerai. The thing is, ingat netizen bodoh, netizen akan tahu.
"Keduanya aku bukannya Siti Aminah atau pun orang biasa yang orang tak kenal, aku Zarina Anjoulie yang orang dah kenal. Untuk aku, ohh masa buat benda baik sibuk nak uar-uar apa semua tapi masa benda macam tu aku tak nak cerita dengan netizen.
"Aku ni bukan orang biasa benda ni sebahagian daripada hidup aku dah. Aku ni bukan orang biasa, dan aku tak boleh komplen. Ini aku dan aku suka kongsi cerita dengan korang. Aku rasa selesa, yalah bukan semua boleh dikongsi tetapi ada masanya buat aku rasa lega bila kongsi dengan korang. Sebab ini dah hidup aku sebagai orang yang dah dikenali," cerita Anju.
Tambah Anju, dia menerima perkara itu dan dia pasti lambat laun semua orang akan tahu juga tentang penceraian yang berlaku.
"Lepas tu lagi satu aku nak cakap kan, kalau korang instafamous atau apa kan, don't rush into marriage just because some PU say this say that, lepas tu orang pressure, tak payah.
"No doubt apa-apa yang PU cakap tu it is what's right for you dari segi agama, but is it what's best for you at that time? Itu kau je sorang yang boleh tau.
"So jangan jadi macam aku, sebab aku kena pressure dengan orang sini kena pressure dengan orang situ sebab kena kahwin cepat. But then, it's not what's best for me at that time," akui Anju yang menerima tekanan untuk menghalalkan perhubungannya.
Tambah Anju lagi, apabila dia bercerai ramai pula yang bertanya kenapa berlaku penceraian dan kenapa dihebohkan pada orang ramai.
"Lepas orang pulak tanya kenapa cerai, kenapa cerai? Tak malu ke apa? Untuk aku, lagi malu kalau aku dengan laki aku dengan anak aku pergi Mandarin Oriental, buat video palsukan kebahagiaan aku.
"Aku rasa itu lagi hina daripada aku cakap kat orang aku dah cerai. Aku rasa macam satu bebanan besar hilang dari diri aku daripada aku dok angkut family aku ke hulu ke hilir, kau faham tak, it's fake as f**k!
"Kenapa aku nak pura-purakan perasaan aku dengan orang, semata-mata kerana aku malu aku cerai dan aku takut orang bahan aku. Who cares! Ini hidup aku, ini perasaan aku. Aku tak peduli apa orang nak cakap kerana ini hidup aku.
"Aku bukan orang yang berpura-pura, dan satu Malaysia pada siapa yang kenal aku, aku bukan orang yang suka berpura-pura, dan aku takkan sekali-kali nak berpura-pura dengan perkahwinan aku," kata Anju lagi.
Tambah Anju lagi, berkongsi berita dirinya sudah bercerai tidak bermaksud dia cuba memburuk-burukkan bekas suaminya atau dia mengambil kisah jika orang tahu tentang dirinya sudah bercerai.
"Orang yang kenal aku, kenal aku lah. Bukannya aku cakap ex aku jahat apa-apa, tak! Dan aku lah orang yang terakhir nak peduli orang nak bahan, I don't care. Orang dah hina dan caci aku dalam industri ni sejak 15 tahun lepas dah. Dah lagi teruk dah, so do you think I care orang nak bahan aku pasal cerai ni?
"Untuk aku, aku buat apa yang terbaik untuk aku dan aku gembira. Beban dah hilang dari bahu aku, daripada aku ni tak gembira, tapi aku takut orang nak bahan aku kalau aku nak cerai, tak nak takut orang gelak. Dude, ni Zarina Anjoulie. Siapa yang kenal aku taulah aku orang yang terakhir yang kisah dengan apa yang orang cakap.
"Macam aku cakap, sekarang ni aku tengok ramai yang kahwin cepat, don't fall for people's prsesure lagi-lagi yang famous. Oh PU cakap sikit, oh kena ikut agama. Pedulikan! Apa-apapun tak payahlah korang buat maksiat atau apa-apa. Tak payah rush into marriage, nanti jadi macam aku," terang Anju lagi.
Anju juga berharap pihak lain dapat mengambil iktibar daripada kisah perkahwinan dan penceraiannya tanpa menyalahkan dirinya atau bekas suaminya.
"Aku harap korang dapat iktibar dari cerita aku. Tak ada nak salah sesiapa, dah habis tu kira dah habis. Pada aku dah habis, tak payah nak salahkan sesiapa. Untuk aku, aku gembira semuanya dah berakhir. Itu saja," kata Anju mengakhiri bicara di IGTV.
Untuk makluman, Anju bernikah dengan lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Eilyas Azhar atau Yas sekitar Julai tahun 2020. Anju juga mempunyai seorang cahaya mata hasil perkahwinannya yang pertama.
Must-Watch Video