Hiburan

Zarina Anjoulie Tak Malu Mengaku Pernah Buat Pembedahan Plastik - “Apa Yang Buat Rasa Hina, Potong Usus Tapi Dia Claim Diet”

Mya Amri
04/06/2024
02:55 MYT
Pelakon, Zarina Anjoulie akui lebih selesa untuk tidak menyembunyikan kebenaran pernah melakukan pembedahan plastik atau kecantikan pada bahagian muka dan badannya.

Lebih selesa jujur dan berkongsi info

Zarina atau lebih mesra dengan panggilan Anju ini berkata tidak seharusnya wujud perasaan malu untuk membuat pengakuan tersebut kerana percaya sebarang perkongsian akan mendatangkan manfaat kepada masyarakat.

“Ya saya tidak kisah, saya tak buat banyak sangat pun dekat bahagian muka sebenarnya. Lebih banyak pada bahagian badan.

“Saya banyak berkongsi tentang perkara itu, untuk saya… Saya tidak malu nak mengaku tapi saya tidak tahu mereka yang lain.

“Apa pun kita harus menghormati keputusan mereka, sesetengah orang tidak suka untuk berkongsi jadi tidak mengapa.
“Tapi untuk saya, saya lebih suka berkongsi tentang pengalaman. Sebab saya ada platform untuk berkongsi dengan orang ramai.
“Tentang baik buruknya perkara itu, komplikasinya apa kesannya apa, apa yang boleh dilakukan, apa yang tidak dan sebagainya,” jelasnya.
Anju berkata demikian dalam episod akhir program No Filter yang bersiaran baru-baru ini.

BERITA TRENDING: “Dah 6 Hari, Hilang 4kg..” - ‘Telan’ Belon Air, Anju Puas Hati Berat Badan Menurun

BERITA TRENDING: Zarina Anjoulie Tawar Diri Jadi Penyampai Radio - "Aku Ni Dah Lah Janda Sendu Miskin Pulak Tu”

Tak jujur, potong usus tapi claim diet

Tambah Anju lagi, adalah lebih baik untuk mengaku tentang proses kecantikan yang pernah dilakukan berbanding menyembunyikan perkara sebenar dan memperdayakan orang lain.

“Sebab ramai yang tidak buat begitu jadi apa salahnya kalau saya yang buat. Tapi apa yang membuatkan saya rasa hina adalah artis yang potong usus tapi ‘claim’ menjaga pemakanan namun selepas itu jual produk,” ujarnya ringkas.

BERITA TRENDING: [VIDEO]: “Kreatif! Cara Old School Ni” - Ketuk Drum! Nampak Lucu Tapi Fun! Ramai Nak Cuba Cara Anju Bagi Anak Study Tak Ngantuk
Selain mengenai hal kehidupan, banyak lagi topik menarik yang dijawab oleh Anju dalam No Filter yang dihoskan oleh selebriti versatil, Elly Mazlein.
Untuk menonton episod penuh tentang Anju klik DI SINI
Saksikan juga episod terbaharu No Filter setiap Isnin di www.gempak.com pada jam 12 tengah hari.
No Filter juga boleh ditonton di Astro Ria saluran 104 pada hari yang sama di jam 8.30 malam.

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air.
Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.
Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #GempakMostWanted tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.
PEK PRIMARY Astro hanya dari RM41.99/sebulan (JIMAT 30% - tawaran terhad dengan langganan auto-debit. Harga Asal: RM59.99).
Whatsapp "GET ASTRO" ke 03-9543 3838.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nora Danish Anggap Luahan Anju Rindukan Nedim Sebagai Sahabat - “Mereka Kawan Lama, Dah Macam Best Buddy"

gempak
17/07/2024
03:02 MYT
Pelakon, Nora Danish menganggap hantaran Insta Story aktres Zarina Anjoulie merindui bekas suaminya, Nedim Nazri hanyalah sebagai luahan seorang kawan yang merindui sahabat lamanya.
Hiburan

"Badan Tak Boleh Tahan, Ada Masa Berdarah Tanpa Henti..." - Azharina Gagal Tahan Sebak, Dedah Hidap Penyakit Kencing Manis

gempak
08/06/2024
09:12 MYT
Penyanyi Azharina gagal menahan sebak ketika mendedahkan dirinya didiagnosis menghidap penyakit kencing manis.
Hiburan

Azharina Beri Tips Nak Kenal Si Talam Dua Muka! - “Kalau Bagi Satu Benda, Orang Tanya Soalan…”

gempak
29/05/2024
01:54 MYT
Sebagai seorang selebriti, penyanyi dan bintang All Stars GegarVaganza, Azharina Azhar juga tidak terlepas dengan komen negatif sepanjang berkecimpung dalam industri seni.
Hiburan

Ada Yang Masih Ragu-Ragu Naim Daniel & Sissy Iman Sepupu, Ini Jawapan Tuan Punya Badan

gempak
21/05/2024
11:50 MYT
Biarpun penyanyi, Naim Daniel sebelum ini sudah memaklumkan bahawa dirinya dan Sissy Imann merupakan sepupu, namun masih ada lagi yang ragu-ragu dengan status tersebut.
Hiburan

“Korang Pun Ada Ulasan Sendiri Kan, Kenapa Saya Yang Salah?” - Ceddy Tak Fake, Selesa Buat Food Review Jujur

gempak
15/05/2024
14:55 MYT
Pempengaruh media sosial dan pencipta kandungan, Ceddy Ang akui lebih selesa untuk melakukan ulasan makanan dengan jujur.