Hiburan

Zarina Anjoulie Tawar Diri Jadi Penyampai Radio - "Aku Ni Dah Lah Janda Sendu Miskin Pulak Tu”

gempak
Izwan Isa
20/01/2024
02:55 MYT
Sponsor Banner
Zarina Anjoulie Tawar Diri Jadi Penyampai Radio - "Aku Ni Dah Lah Janda Sendu Miskin Pulak Tu”
Pelakon dan selebriti media sosial, Zarina Anjoulie menawarkan diri untuk mengisi posisi penyampai di stesen radio Suria FM.

BERITA TRENDING: "Tyzo Macam Adik Saya Sendiri" - DJ Lin

Zarina berkata, jika pihak Suria FM memberikan dia peluang untuk bergelar penyampai, dia pasti akan melakukan tugas dengan baik.
“Ambil aku je la jadi DJ radio. Aku ni dah la janda sendu miskin pulak tu. Insya-Allah aku akan kasi yang terbaik,” katanya menerusi ruangan komen Instagram Media Hiburan.
Kemelut antara Suria FM dan bekas penyampainya, Tyzo Xander menemui titik temu apabila masing-masing memberikan kenyataan mengenai penamatan perkhidmatan Tyzo sebagai penyampai di stesen radio berkenaan semalam.
Terdahulu, menerusi kenyataan media, khidmat Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain Idris ditamatkan selepas lapan tahun bersama Suria FM.

BERITA TRENDING: "Anak-Anak Saya Tak Bersalah, Jangan Hina Mereka" - DJ Lin

Pengurus Besar stesen radio berkenaan, Roslinda Abd. Majid atau DJ Lin berkata, keputusan dibuat sebagai langkah merangka strategi dan perancangan baharu bagi 2024.
Tyzo pernah menyumbangkan khidmat di stesen Ultra FM dan Pi Mai FM, sebelum beralih ke Selangor FM.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024