ZAYAN mengumumkan Zuraini binti Zakaria sebagai pemenang ZAYAN Your Home yang sekaligus menerima pengubahsuaian ruang kediamannya bernilai RM10,000 untuk kediamannya di Cheras, Kuala Lumpur.

Zuraini dipilih daripada 450 peserta berdasarkan slogan paling kreatif yang dihantar menerusi laman web ZAYAN pada bulan November lalu.

Pengubahsuaian di kediaman Zuraini yang merangkumi kawasan ruang tamu, menerima pembaharuan warna dinding oleh pakar mengecat dari KCC Paint, set perabot dan hiasan ruang tamu yang diilhamkan oleh ZAYAN serta dibawakan khas oleh KCC Paint AURORA Prestige.

Saksikan kegembiraan dan pengalaman Zuraini ketika ditemubual oleh Lin Ariffin, personaliti ZAYAN sewaktu diumumkan sebagai pemenang ZAYAN Your Home menerusi Facebook.

Tambahan itu, ZAYAN Your Home akan menghadiahkan Pek Permulaan AURORA Prestige daripada KCC Paint, yang mengandungi 3 jenis cat dan alat-alat mengecat rumah yang bernilai RM250 kepada 10 penyertaan terpilih.

ZAYAN Your Home merupakan sebuah projek usahasama antara jenama radio ZAYAN dan penaja utama KCC Paint.

Untuk maklumat lanjut mengenai ZAYAN Your Home, sila layari
www.zayan.my dan ikuti ZAYAN di Facebook, Instagram dan Twitter.