Zii Jia Terima RM250,000, Aaron-Wooi Yik Dapat RM100,000 Seorang
Gempak
22/08/2024 13:25 MYT
22/08/2024 13:25 MYT
Durian runtuh buat pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024, Aaron Chia-Soh Wooi Yik apabila bakal menerima insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) berjumlah RM200,000.
Ini bermakna, mereka bakal menerima RM100,000 setiap seorang dan itu pertama kali dalam sejarah SHAKAM memberikan hadiah sebanyak itu bagi acara berpasukan.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, Majlis Sukan Negara (MSN) mengambil keputusan untuk memberikan ganjaran itu kepada Aaron-Wooi Yik selepas melihat perih jerih serta pencapaian mereka di pentas Olimpik.
Beliau berkata, mereka sudah berusaha keras untuk mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia dan berjuang berhabis-habisan di Olimpik.
"Ini kali kedua Aaron-Wooi Yik membawa pulang pingat gangsa (Tokyo 2020 dan Paris 2024).

"Jadi MSN memutuskan untuk memberi ganjaran RM100,000 setiap seorang kepada mereka tanpa perlu berkongsi," kata Hannah pada majlis penyerahan kenderaan utiliti sukan (SUV) Chery di Puchong pada Khamis.
Hadir sama, Pengarah MSN, Abdul Rashid Yaakub dan Naib Presiden Chery Malaysia, Michael Chew.
Selain itu, pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia yang memenangi pingat gangsa di Paris 2024 menerima ganjaran keseluruhan RM 250,000.
"Zii Jia diberikan geran RM50,000 sebelum Paris 2024 dan beliau akan menerima tambahan RM100,000 di bawah skim MSN. RM100,000 pula hadir menerusi hadiah SHAKAM.
"Kami percaya bahawa sukan adalah alat penyatu untuk Malaysia. Kami menggalakkan sektor swasta untuk memainkan peranan mereka dalam memberi ganjaran kepada atlet apabila mereka membawa pulang pingat.
"Apa yang menjadikan tindakan Chery istimewa adalah mereka meraikan semua pemenang pingat," katanya.
Untuk makluman, pemenang emas Sukan Olimpik akan menerima RM1 juta, perak (RM300,000) dan gangsa (RM100,000).
Selain itu, mereka turut menerima Skim Imbuhan Tetap Olimpik berkuatkuasa bulan hadapan yang diberikan secara bulanan sepanjang hayat dengan pemenang emas diberikan RM5,000, perak RM3,000 dan gangsa bernilai RM2,000.
BERITA TRENDING: "Boleh Jadi Model Kalau Bersara Main Badminton" - Tampil Catwalk Macam Model, Netizen Puji Gaya Lee Zii Jia
BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Lee Zii Jia Mahu Terus Berjuang Bawa Pulang Pingat Emas Untuk Malaysia - “Iltizam Saya Adalah Untuk Memastikan…”
BERITA TRENDING: Dipuji Michelle Yeoh, Zii Jia & Aaron Chia-Soh Wooi Yik Dijanjikan SUV Oleh Chery Malaysia
BERITA TRENDING: Pertarungan ‘Gila’, Lee Chong Wei Anggap Aaron Chia & Soh Wooi Yik Hero Negara - “Game Yang Patut Kalah Tapi Gandingan Lelaki Sejati Melaka-KL Ini…”
Terdahulu, ketiga-ketiga atlet berkenaan menerima SUV Chery Tiggo 7 Pro bernilai RM123,800 yang diadakan di Puchong.
Sumber: Harian Metro