,
Hiburan

Zizie Izette Nafi Positif Covid-19, "Jangan La Main Fitnah ..."

Zulaikha Yusof
22/09/2020
00:58 MYT
Pelakon Datin Seri Zizie Izette menafikan dakwaan yang tersebar kononnya dia disahkan positif Covid-19.
"Artis Zizie Izette disahkan positif Covid-19. Dua hari lepas Datuk Seri Bung datang cptg, sedia la kalian yang bersalaman dan tidak patuh Tatacara operasi standard (SOP). Swab test!!" tulis seorang netizen.
Menurut Zizie, itu semua adalah fitnah memandangkan dia bertemu dengan suami, Datuk Seri Bung Moktar Radin hanya dari jarak jauh.
"Astaghfirullah!! Fitnah-fitnah. Saya jumpa suami pun tiada. Baru hari ni dapat jumpa tapi dia di atas pentas, saya di bawah ni di Tongod.
"Jangan la main fitnah masa pilihan raya ni tidak bagus. Semoga kita semua dihindari dari bahaya pandemik Covid ini. Amin," jelasnya di Instagram Stories.
Malah, tambah Zizie atau nama penuhnya Zizie Izette Abdul Samad, 41, menyatakan suaminya seorang yang mementingkan kebersihan dan kesihatan.
"Sihat-sihat juga dia, orangnya yang cukup jaga kebersihan dan kesihatan insya-Allah," ujarnya lagi.
Zizie mendirikan rumah tangga dengan Bung Moktar pada Disember 2009.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan kembar lelaki iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, serta anak perempuan, Aalisa Belle Izette.
Pasangan itu turut mempunyai dua anak angkat iaitu Nayla Nurjenna dan Aaric Zayn Izette.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

“Kalaulah Aku Yang Makan…” - Individu Kongsi Kronologi Warung Soto Ayam Guna Daging Isteri Yang Diberikan Secara Percuma Kepada Pelanggan

gempak
15/10/2024
04:55 MYT
Tular di aplikasi X apabila seorang individu mendedahkan bahawa sebuah warung yang menjual soto daging lembu sebenarnya adalah daging manusia.
Viral

UIA Perjelas Hukum Isteri Bercinta Dengan Lelaki Lain Ketika Tempoh Iddah

gempak
15/10/2024
03:28 MYT
Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) tampil berkongsi penjelasan mengenai hukum seorang isteri yang menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki lain semasa dalam tempoh iddah.
Berita

Nahas Pelajar UiTM Dungun: Suami Pemandu Wanita Lega Permohonan Maaf Di Terima Baik

gempak
13/10/2024
23:55 MYT
Sedikit kelegaan dirasai suami kepada wanita yang dipercayai merempuh empat pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun Rabu lepas hingga menyebabkan tiga daripadanya maut, apabila dikhabarkan kesediaan keluarga mangsa menyambut permohonan maaf daripadanya.
Viral

Suami Wanita Langgar Pelajar UiTM Dungun Mohon Maaf - "Saya Menangis, Sangat Sedih"

gempak
13/10/2024
11:42 MYT
"Saya menangis dan sangat sedih melihat kemalangan itu. Saya mewakili isteri ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki kepada semua ahli keluarga pelajar terbabit," kata Azhar Ahmad, 53.
Hiburan

Netizen Persoal Guna Pangkat Ketika ‘Wedding’ Adik Ipar, Atikah Suhaime Tampil Perjelas - “Orang Selalu Ingat Suami Saya CEO, Tapi Sebenarnya…”

gempak
12/10/2024
01:55 MYT
Pelakon Datin Atikah Suhaime mencuri tumpuan netizen di media sosial baru-baru ini.
BorakSeeni