HIBURAN

Zoey Rahman Wujudkan Studio Untuk Buat ‘Live’, Sanggup Habis Hampir RM100,000 - “Idea Yang Terkeluar Dari…”

Asyikin Mayudin 02/07/2025 | 07:55 MYT
Tidak mahu terikut-ikut dengan trend membuat dan mencari publisiti serta ‘marketing’ viral yang terlihat murah, pelakon Zoey Rahman mewujudkan sebuah studio.

Wujudkan studio

Menurut Zoey, studio itu menelan belanja hampir RM100,000.00 hanya untuk bersiaran langsung di laman sosial untuk berinteraksi bersama pengikut ‘Luna Clara’ dan peminatnya.

“Jom main masak-masak sambil packing parcel. Itu idea yang terkeluar dari kotak fikiran saya sewaktu memikirkan bagaimana bentuk interaksi dan cara marketing berbeza yang perlu saya lakukan untuk baby baru saya Luna Clara.

“Saya memilih konsep mini mart & café dengan sentuhan retro dan gabungan warna pastel sebagai daya tarikan. Dan Alhamdulillah ianya berjaya dan mendapat reaksi dan maklum balas yang sangat positif,” katanya.

Persediaan masa depan

Selain berlakon dan mengacara, Zoey telah memulakan langkah sebagai usahawan hampir 10 tahun lalu yang merupakan persediaan untuk masa hadapan.

ARTIKEL BERKAITAN: Zoey Rahman Bakal Tunaikan Umrah Kali Ke-10 - “Banyak Dosa & Maksiat Telah Saya Lakukan”

“Saya membuat persediaan awal sewaktu masih aktif dalam dunia hiburan kerana saya memikirkan apa akan jadi pada masa depan.

“Bagaimanapun bidang perniagaan bukanlah sesuatu yang mudah. Tambahan pula corak pemasaran kini sangat berbeza sewaktu saya memulakan perniagaan dulu.

“Setiap hari akan ada Sahaja pembaharuan dalam sistem online. Kalau terleka atau terlambat sikit sure kita akan ketinggalan,” ujarnya.

Respons positif

Dalam pada itu, Zoey meluahkan rasa teruja apabila mendapat respons yang positif dan ada berpendapat dia menggunakan ‘AI’ untuk menghasilkan latar belakang studio itu.

“Perkara yang paling mengujakan saya apabila mendapat respons positif dan ramai yang menyangka saya menggunakan green screen, Ai dan macam macam lagi.

“Sedangkan semua props di dalam studio ini adalah peralatan yang sebenar. Dan rata-rata dari pengikut yang menonton live saya akan request dan tunggu saya mula main masak masak,” tambahnya.

Setelah Mikaseries hampir 10 tahun di pasaran kini tiba masanya Zoey membina satu lagi jenama baru di bawah syarikatnya iaitu Luna Clara yang lebih ke arah penjagaan badan.

#Live #Bisnes #Perniagaan #Zoey Rahman #Studio