Skip to main content

Budaya Popular

Zoey Rahman Bakal Tunaikan Umrah Kali Ke-10 - “Banyak Dosa & Maksiat Telah Saya Lakukan”

whatsapp-image-2024-10-22-at-9-16-56-am.jpeg

“Saya harap Tuhan terima amal ibadah saya. Banyak dosa dan maksiat telah saya lakukan,” luahan itu disuarakan oleh pelakon dan usahawan, Zoey Rahman kepada Gempak apabila dia bercadang menunaikan umrah pada Disember nanti.

Pemergiannya ke tanah suci buat kali ke-10 itu langsung tidak menjadikan dia mendabik dada. Malah, dia akui takut dengan dosa-dosa yang pernah dilakukan.
 

 
“Mudah-mudahan Tuhan dengar dan makbulkan semua doa-doa yang saya pohon, Doakan yang baik-baik untuk saya, insya-Allah," kata Zoey.
 
Tambahnya, dia langsung tidak menyangka dijemput ke Tanah Suci pada tahun ini.
 
“Saya tahu saya tidaklah sempurna seperti orang lain. Seperti yang saya katakan, banyak dosa-dosa saya.
 

“Tetapi itulah dinamakan rezeki. Kalau kita tidak dijemput, belum tentu insan seperti saya dapat kembali sekali lagi ke tanah suci,” katanya.

 
Terdahulu, penyanyi dan usahawan muda ini sempat berkongsi bersama Gempak bahawa dirinya disihir.
 
Selain itu, Zoey juga menjadi mudah marah selain suka menyendiri.

Must-Watch Video

Advertisement