Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Zul Ariffin Buat Trend ‘Thank You Ketayki’ Bikin Netizen Pecah Perut, Pencetus Trend Siap Komen Lagi - “Garaunya Ketayki Ni”

Khairil Khusyairi
16/10/2024 12:20 MYT
Aktor Zul Ariffin sekali lagi mencuri tumpuan netizen apabila membuat parodi ‘Thank You Ketayki’ baru-baru ini.

Menerusi parodi tersebut, Zul yang tampil dengan pakaian seolah dukun membuat gelagat seperti pencetus trend tersebut iaitu Aon yang sering mengucapkan terima kasih kepada pembantunya.

Lebih kelakar, dalam parodi tersebut, Zul sedang merawat beberapa pesakit yang mengalami kerasukan namun tetap mengucapkan ‘Thank You Ketayki’ kepada pembantunya.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)


Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dan lucu dengan gelagat pelakon filem Don Dukun itu.

“Dukun pecah perut,” komen netizen.

“Noh ketayki versi garau,” tulis peminat.

“Ni bukan Sheriff yang badass tu ke? Nape jadi macam ni?,” komen netizen lagi.

“Garaunya Kateyki yang ni,” komen netizen.

“Rosak dah ni,” tulis netizen.

“Kena panjang sikit harakat thank you Ketayki,” komen netizen lagi.


Namun, apa yang menjadi perhatian adalah pencetus trend tersebut iaitu Aon Somrutai turut meninggalkan komen di video paradi tersebut.

“Omg! Ketayki,” tulis Aon teruja.

View this post on Instagram

A post shared by Khairi Rusli (@khairirsli)

Untuk info, Zul Ariffin memegang watak Don Arif iaitu seorang dukun ‘influencer’ yang bercita-cita menjadi dukun hebat seperti ahli keluarganya yang lain.

Jangan lupa saksikan filem Don Dukun yang bakal menghantui pawagam seluruh negara bermula 31 Oktober ini.

Don Dukun menampilkan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Zul Ariffin, Ropie Cecupak, Douglas Lim, Datuk Yusof Haslam, Sangeeta, Marsha Milan, Elly Arifin, Rashidi Ishak dan ramai lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Trailer Baru Keluar Tapi Ramai Yang Dah Tak Sabar Nak Tonton Filem Don Dukun – “Zul Ariffin Dengan Ropie, Mesti Berdekah Ni”

ARTIKEL BERKAITAN: ”Dulu Tangkap Polis, Sekarang Jadi Dukun” - Ramai Tak Sabar Nak Tengok Sisi Lain Zul Ariffin Dalam Don Dukun

#Filem #Zul Ariffin #Komedi #Parodi #Don Dukun #Aon #Don Arif #Thank You Ketayki
;