HIBURAN

Zul Hadi Tak Kisah Buat Dua Kerja, Ada Kawan Siap Perli - “Tak Malu Ke, Kau Kan Artis…”

Mya Amri 22/04/2025 | 15:20 MYT
Penyanyi, Zul Hadi memaklumkan dirinya kini melakukan dua kerja bagi menampung perbelanjaan kehidupannya.

Diperli rakan

Menurut Zul Hadi, dia tidak berasa malu untuk mengaku bekerja di bahagian kewangan sebuah syarikat kilang dan juga menjadi jurulatih bola tampar walaupun pada mulanya perlu berdepan dengan pertanyaan ‘pedas’ daripada sahabatnya.

“Sebenarnya ada kawan saya perli dia cakap tak malu ke kau kan artis tapi saya cakap dengan mereka saya pun manusia biasa.

“Saya bagi contoh kalau anda berada di bawah label muzik, mustahil untuk satu syarikat label itu artisnya empat atau lima orang sahaja.
“Sebaliknya artis yang mereka perlu kendalikan ramai, tapi yang naik hanyalah artis-artis yang tertentu sahaja.
“Begitu juga saya, perlahan lahan mahu naik, dalam masa itu tak akan lah saya nak duduk menunggu lagu sahaja,” katanya.
Zul Hadi berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Awal Music bertempat di Awal Hijrah Enterprise, Bangi pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN:#BigStageAlpha: Kak Lina Pesan Jangan Main-Main! Siap Beri Tips - “Latihan, Senaman, Fokus, Tidur Kena Cukup”

ARTIKEL BERKAITAN:#BigStageAlpha: Bakal Jadi The Next Kru? Edry Komen - “Kita Pun Sudah…”

ARTIKEL BERKAITAN:#BigStageAlpha: Syafeek Ikhwan Tak Anggap Usia Satu Halangan, Selesa Bergaul Dengan Gen Z - “Tak Ada Apa Yang Perlu Dimalukan…”

Pembakar semangat

Ditanya sama ada dia berkecil hati dengan pertanyaan sahabatnya itu, Zul Hadi berkata dia mengambil komen tersebut sebagai pembakar semangat buat dirinya.

“Sebagai inisiatif saya cuba cari kerja lain. Saya cari kerja untuk tampung kehidupan saya dari segi kewangan secara berbulan. Alhamdulillah kewangan saya stabil.

“Masa dapat komen kawan begitu secara jujurnya rasa agak ‘down’, saya sampai kata pada mereka untuk duduk di tapak kasut saya dan rasa sendiri.
“Tapi apa pun saya masih berkawan dengan dia dan saya ambil kata-katanya itu sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya,” jelasnya.
#Kerja #Perli #Zul Hadi